Pelakon Elisya Sandha berkongsi momen ketika pertama kali bertemu dengan ibu mentuanya yang juga aktres dan penerbit terkenal, Sheila Rusly.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sheila Rusly Contoh Mentua Ikhlas & Baik
Artikel Berkaitan: Ramai Cemburu Dengan Elisya Sandha, Dapat Layanan ‘Five Star’ Ketika Berpantang – ‘Ibu Mentua Dari Syurga’
Kali pertama
Menurut Elisya atau nama lengkapnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, kerana terlalu takut dengan Sheila, dia sanggup menunggu lama di dalam kereta.
Pertama kali saya berjumpa dengan ibu mentua saya, saya duduk dalam kereta selama satu jam.
Saya tak nak keluar kereta sebab takut punya pasal, padahal sudah ada di depan rumah.
Suami Elisya yang juga anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy, ketika itu menasihati dia supaya memberanikan diri untuk bertemu ibunya.
Saya cakap dekat suami saya yang ketika itu teman lelaki saya, ‘saya takut, tak nak masuk dalam.’
Dia minta saya jadi diri sendiri sahaja dan jangan berlakon. Saya pun gagahkan diri.
Seorang yang penyayang

Tanggapan pelakon filem Rasuk itu ternyata salah kerana Sheila ternyata mempunyai keperibadiaan diri yang baik.
Rupanya mama okay sahaja, tak adalah garang pun. Dia sangat penyayang dan masak untuk saya.
Karakter dia adalah seorang yang tegas tetapi dia sangat penyayang, baik dan suka masak.
Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada Ogos 2017.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun dan seorang bayi yang baru dilahirkan, Bahtera Elhaq.
Sumber: TikTok Inayah Beauty
The post Elisya Sandha Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Sheila Rusly – ‘Saya Duduk Dalam Kereta Sejam Takut Punya Pasal’ first appeared on OHBULAN!.




#elisyasandha #shielarusly #gattox #fyp #bellaastillahsyedsaddiq
♡☆°• – 𝓝𝓪𝓽𝓪𝓪

