Seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa berdepan pengalaman mengecewakan melibatkan layanan pekerja serta kualiti penyediaan makanan di restoran milik pelakon Adam Corrie, iaitu Kopi Hut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adam Corrie Kongsi Polis Jumpa Ubat Sakit Perut Sebelah Mendiang Ibu
Service teruk?

Menerusi aduan yang dikongsikan, pelanggan terbabit mendakwa kunjungan kali kedua bertukar menjadi pengalaman mengecewakan walaupun sanggup beratur hampir 20 minit untuk mengulangi pesanan yang sama seperti sebelum ini.
Pelanggan itu mendakwa, tempoh menunggu yang terlalu lama, layanan staf yang tidak profesional serta kualiti makanan yang tidak menepati jangkaan menjadi punca utama rasa tidak puas hati.
Ajar pekerja anda SOP penyediaan makanan, cara staff bercakap dengan customer. Kali kedua datang sangat mengecewakan.
Semalam saya datang makan mee wantan soup sangat sedap sampai hari ini saya sanggup beratur 20 minit dekat luar bersama tiga anak kecil untuk repeat menu sama.
Yang sangat mengecewakan saya, bukan setakat makanan dan servis lambat, tetapi customer yang baru duduk 10 minit dah dapat full makanan yang dia order sedangkan saya dah tunggu satu jam 10 minit.
Individu tersebut turut mendakwa kualiti makanan yang diterima tidak seperti diharapkan, termasuk mee wantan sup yang disajikan tanpa sayur dan wantan goreng yang sudah hancur.
Lebih mengecewakan, alasan kehabisan bahan hanya dimaklumkan selepas pesanan tiba, selain sikap staf yang didakwa tidak memohon maaf.
Bila sampai mee wantan sup sayur tiada, crispy wantan dah hancur. Meja lain hadapi masalah sama dengan menu mee wantan tersebut alasan sayur habis sepatutnya update masa customer order bukan dah sampai baru cakap.
Supervisor pon lari-lari, tak nak settle the issue, pass pada staff untuk jawab. Tolong beri penjelasan mana sop dan bagaimana anda melatih pekerja anda? Saya sangat kecewa.
Ambil maklum aduan

Berhubung isu berkenaan, pihak pengurusan restoran memaklumkan mereka telah mengambil maklum terhadap aduan yang dikemukakan pelanggan terbabit dan mengakui kelemahan yang berlaku.
Terima kasih atas teguran yang sangat jelas dan terperinci ini. Kami benar-benar memohon maaf atas pengalaman yang sangat tidak menyenangkan puan dan anak-anak di cawangan Bandar Seri Putra.
Kami juga memohon maaf kerana lambat memberi respon. Adam Corrie ketika ini berada di Ipoh bagi penggambaran dan tidak sempat membaca semua komen dengan segera. Namun aduan puan kami ambil serius.
Sumber: Threads
The post ‘Tunggu Satu Jam, Wantan Hancur’ – Pelanggan Luah Kecewa Dengan Servis Kedai Adam Corrie, Pihak Restoran Ambil Maklum Aduan first appeared on OHBULAN!.





