Dua kumpulan muzik tersohor dari Indonesia, Radja dan Wali, bakal bergabung dalam sebuah konsert megah berjudul ‘Pentas RadjaWali Live in Malaysia’ yang akan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Pentas RadjaWali

Gabungan nama RadjaWali melambangkan penyatuan dua kuasa besar muzik Nusantara yang sama-sama mempunyai kelompok peminat tegar di Malaysia.
Konsert ini menjanjikan sebuah malam luar biasa penuh emosi dan kenangan, dengan persembahan bertenaga daripada kedua-dua kumpulan legenda.
Bagi peminat Radja, lagu-lagu hit seperti ‘Jujur’, Tulus’, ‘Bulan’ dan ‘Cinderella’ pastinya mengimbau nostalgia zaman kegemilangan mereka.
Sementara itu, kumpulan Wali tidak akan ketinggalan menghiburkan ‘Para Wali’ dengan deretan lagu popular termasuk ‘Cari Jodoh’, ‘Baik-Baik Sayang’, ‘Doaku Untukmu Sayang’, ‘Yank’ dan ‘Tomat (Tobat Maksiat)’.
Konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia dianjurkan oleh Impian Al Fateh Sdn. Bhd. dan GIS Entertainment & Events, dengan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) sebagai penganjur bersama.
Tiket kini mula dijual menerusi Fantopia.io, dan pembelian boleh dilakukan dengan lebih mudah melalui ShopeePay.
Kategori tiket: VIP – RM977, RW2 – RM477, RW3 – RM277, RW4 – RM177, RW5 & RW6 – RM477 dan RW7 – RM377.
Kategori tiket

The post Dua Legenda Satu Pentas! Radja & Wali Gegar Kuala Lumpur Awal Tahun Depan first appeared on OHBULAN!.





