33.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Drama Yes! Captain Zul Aaryan Raih 1.06 Billion Capaian Media Sosial, 9.5 Juta Penonton Di TV

    Shopee Sale

    Drama trending, Yes! Captain Zul Aaryan akhirnya melabuhkan tirai selepas menemani penonton dengan 30 episod penuh kisah cinta, kekeluargaan, persahabatan dan kehidupan seorang kapten.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Jawab Kritikan Sering Sarung Uniform ‘Pilot’ – ‘Kami Bertemu Tenaga Pengajar Penerbangan Untuk Tahu Pemakaian Mereka’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Tak Pernah Bawa Isteri Ke Tempat Kerja – ‘Paling Penting Adalah Kepercayaan’

    Melabuhkan tirai

    Sempena episod akhir drama tersebut, sebuah majlis Exclusive Meet & Greet & Finale Viewing Party telah diadakan bersama peminat, barisan pelakon dan rakan media yang berlangsung di Marriott Hotel, Petaling Jaya, malam tadi.

    Antara barisan pelakon yang hadir ialah, Jazmy Juma (Captain Zul Aaryan), Anna Jobling (Zara Andrea), Nafiz Muaz (Hazwan), Daniel Fong (Bahri), Natasha Sass (Rania), Dina Alyssa (Jasmin) dan Adriana Ghaffar (Salwa).

    Acara penuh bermakna itu dimulakan dengan tayangan trailer finale, diikuti sesi recap yang mengimbas detik-detik penting sepanjang drama tersebut ditayangkan. Sesi chit chat bersama barisan pelakon turut menceriakan acara apabila mereka berkongsi pengalaman dan momen menarik sepanjang penggambaran.

    Dalam masa yang sama, para peminat yang hadir juga berpeluang berinteraksi lebih dekat bersama barisan pelakon. Mereka mencipta momen indah menerusi pelbagai aktiviti permainan, sesi bergambar dan sesi tanda tangan poster serta ada yang turut berpeluang memperoleh hadiah.

    MENARIK:  Harissa Adlynn Tak Reka Cerita, Harap Berita Diganggu Pelakon Senior Miang Dijadikan Pengajaran – ‘Ada Pertikai Baju Saya Pakai’

    Karya yang diadaptasi daripada novel penulis, W.N.F Hanna itu mencatat pencapaian memberangsangkan apabila meraih 1.06 bilion capaian media sosial berdasarkan data Meltwater, selain mencatat 9.5 juta penonton di televisyen berdasarkan Nielsen.

    Bukan itu sahaja, drama Yes! Captain Zul Aaryan juga menduduki kedudukan pertama di platform iQIYI. Pencapaian ini membuktikan kesetiaan penonton dan sambutan positif yang diberikan mereka.

    Dibawakan khas oleh Cadbury Dairy Milk Biscoff, acara finale tersebut turut menjadi detik istimewa buat barisan pelakon, media dan peminat yang bersama-sama meraikan kemuncak drama berkenaan. Tamatnya episod terakhir, maka berakhirlah kisah suka duka Aaryan dan Andrea.

    Untuk info, Yes! Captain Zul Aaryan boleh distrim menerusi iQIYI. Bagi maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat. 

    The post Drama Yes! Captain Zul Aaryan Raih 1.06 Billion Capaian Media Sosial, 9.5 Juta Penonton Di TV first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah