31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: RM1 Juta Pun Belum Tentu Kaya? Shaheizy Sam Kongsi Pandangan Mengapa Manusia Tak Pernah Rasa Cukup

    Shopee Sale

    Dalam kehidupan hari ini, pandangan mengenai ‘kaya’ sering dikaitkan dengan kejayaan, keselesaan dan kebahagiaan. Lebih-lebih lagi apabila media sosial dipenuhi paparan percutian mewah, rumah besar, kereta mahal serta gaya hidup yang kelihatan serba sempurna.

    Namun di sebalik semua itu, adakah jumlah wang yang banyak benar-benar mampu menjamin seseorang itu hidup bahagia dan tenang?

    Bagi pelakon Shaheizy Sam, jawapannya tidak semudah itu. Menurutnya, manusia boleh terus mengejar kekayaan tanpa penghujung kerana ukuran ‘cukup’ dan ‘kaya’ berbeza bagi setiap individu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sampai Hari Ini Orang Panggil Saya Mat Rempit, Tapi Sebenarnya Saya Takut Bawa Motor’ – Shaheizy Sam

    Artikel Berkaitan: Shaheizy Sam Kongsi Tips Turun Berat Badan, Amal Diet ‘One Meal A Day’- ‘Saya Tak Bersenam, Hanya Jaga Pemakanan’

    Tak Pernah Cukup Jika Kejar Kekayaan

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA minggu ini, Sam berkongsi pandangannya mengenai hubungan antara wang, kekayaan dan kebahagiaan serta mengapa seseorang tidak seharusnya terlalu membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain.

    Ada duit banyak macam mana sekalipun, belum tentu akan bahagia. Bila kita kejar kekayaan, berapa limit kekayaan itu sebenarnya? Ada RM1,000 itu dikira kaya? Atau RM1 bilion baru kaya?

    Sebab bila kita kejar kekayaan ini, ia tak akan pernah cukup.

    Menurut Sam, nilai wang yang dianggap besar bagi seseorang mungkin membawa makna berbeza kepada individu lain.

    Sebagai contoh, RM1,000 mungkin membuatkan seorang pelajar sekolah berasa ‘kaya’, tetapi jumlah sama pastinya dilihat berbeza bagi individu yang perlu menanggung keluarga besar.

    Begitu juga dengan RM1 juta yang mungkin dianggap sebagai simbol kekayaan oleh sesetengah orang, namun bagi individu tertentu jumlah tersebut hanyalah sebahagian daripada keperluan untuk meneruskan kehidupan.

    Kekayaan ini sebenarnya dari segi jumlah duit memang tak akan ada limitation. Tetapi kebahagiaan itu, kadang-kadang orang yang tak ada duit pun boleh rasa tenang dan bahagia.

    Media sosial hanya tunjuk sisi yang indah

    Dalam masa sama, Sam turut menyentuh mengenai budaya masyarakat hari ini yang cenderung mahu menampilkan kehidupan serba mewah dan sempurna, khususnya menerusi media sosial.

    Katanya, apa yang dipaparkan di alam maya tidak semestinya menggambarkan keseluruhan realiti kehidupan seseorang.

    Sekarang ini orang nak nampak kehidupan mewah, nak nampak cantik saja. Orang tak akan cerita yang di rumah tak ada benda nak makan. Di media sosial sudah tentu orang akan tunjukkan dunia yang indah.

    Justeru, Sam berpendapat wang bukanlah tiket automatik kepada kebahagiaan kerana rasa bahagia perlu dicari dan dibentuk sendiri oleh setiap individu.

    Duit ini semua bukan kebahagiaan. Kebahagiaan itu kita kena cari sendiri.

    ‘Bahagia bagi saya adalah cukup dan tenang’

    Ditanya mengenai definisi kebahagiaan dalam kehidupannya sendiri, Sam memilih dua perkara yang ringkas tetapi cukup besar maknanya iaitu cukup dan tenang.

    MENARIK:  Talita Warisi Mikrofon Kesayangan Arwah Siti Sarah, Bakal Digunakan Di Konsert Singapura – ‘Bila Tekan On, Keluar Nama Sarah’

    Bagi pelakon berkenaan, kebahagiaan hadir apabila seseorang mempunyai keseimbangan daripada pelbagai aspek kehidupan termasuk kasih sayang, masa bersama keluarga dan kewangan yang mencukupi.

    Bagi saya, cukup daripada segala aspek seperti kasih sayang, masa untuk keluarga dan duit yang cukup. Cukup dan tenang.

    Kadang-kadang kita rasa bahagia dengan keluarga tetapi otak masih fikir hujung bulan kena bayar rumah dan macam-macam. Tenang ini bagi saya apabila kita boleh rasa, ‘Okay, aku cukup’.

    Sam turut mengingatkan agar seseorang tidak terlalu membandingkan kehidupannya dengan orang lain sehingga terlupa menghargai apa yang sudah dimiliki.

    Jangan bandingkan kehidupan dengan orang lain. Nikmati kehidupan sendiri kerana apabila kita hargai masa, ketika itulah kita akan bahagia dan lebih bersyukur dengan apa yang Allah bagi.

    Baginya, rasa syukur juga memainkan peranan penting dalam membentuk ketenangan hidup.

    Sentiasa rasa diri cukup dan bersyukur. Insya-Allah, Allah akan bagi lebih. Selalu kita dengar, the more you give, the more you get. Percaya, yakin dan buatlah. Itu saja.

    Pandangan Sam itu sekali gus menjadi peringatan bahawa dalam dunia yang sering mengukur kejayaan menerusi angka, harta dan apa yang dipamerkan di skrin, mungkin kemewahan sebenar adalah apabila seseorang mampu mengatakan bahawa apa yang dimilikinya sudah cukup.

    Dalam perkembangan lain, Sam kini membintangi filem Chelot yang bakal ditayangkan bermula 27 Ogos ini.

    Selain Sam, filem tersebut turut dibarisi pelakon tanah air antaranya Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Nadhir Nasar dan Alicia Amin serta ramai lagi.

    The post POV XTRA: RM1 Juta Pun Belum Tentu Kaya? Shaheizy Sam Kongsi Pandangan Mengapa Manusia Tak Pernah Rasa Cukup first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah