31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alicia Amin Pegang Prinsip Bayaran Perlu Setimpal Dengan Komitmen Kerja

    Shopee Sale

    Pelakon, Alicia Amin memegang satu prinsip bahawa dia terpaksa menolak mana-mana tawaran lakonan sekiranya bayaran yang ditawarkan tidak setimpal dengan komitmen, masa dan usaha yang perlu dicurahkan untuk menjayakan sesebuah naskhah.

    Artikel Berkaitan: Alicia Amin Pertahan Meerqeen, Bengang Netizen Pertikai Peratus Lemak Badan – ‘Dia Dah Buat Yang Terbaik, Muscles Tu Legit Okay’

    Tolak kalau tak berbaloi

    Alicia atau Raja Alicia Raja Amin, 31, berkata, perkara itu bukan hanya terpakai kepada karya bergenre aksi, sebaliknya melibatkan semua jenis naskhah yang memerlukan persiapan serta komitmen tinggi daripada seorang pelakon.

    Saya suka filem aksi tetapi terima atau tidak, semuanya bergantung kepada pampasan dan bayaran untuk sesebuah naskhah sama ada sepadan dengan usaha yang diberikan pelakon.

    Saya tak akan buat sebarang filem aksi secara melulu kalau bajet tidak bagus. Sebab saya bukanlah muda sangat, sudah masuk usia 30-an yang akan ada risiko kecederaan, banyak perkara kena dipertimbangkan.

    Jadi selagi bajet filem bagus, keselamatan terjamin, diet terjaga dan jalan cerita masuk akal, saya akan buat.

    Alicia berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Chelot yang berlangsung di GSC IOI Mall Putrajaya, baru-baru ini.

    Tambah Alicia, pendiriannya itu bukan bermakna dia terlalu memilih, sebaliknya setiap projek perlu mengambil kira tempoh persediaan yang diperlukan sebelum pelakon memulakan penggambaran.

    Saya bukan tak suka genre aksi tetapi kalau beri bajet kecil namun jangka saya berlatih selama tiga bulan yang ambil masa lama, pihak produksi kena beri bayaran yang berbaloi untuk tempoh tersebut.

    Pernah juga saya tolak beberapa tawaran atas pelbagai sebab. Tak guna kalau kita buat kerja tapi emosi dan tak gembira di set penggambaran disebabkan bayaran.

    Kalau buat sesi foto satu dua hari pun dah rasa penat, apatah lagi kalau projek panjang yang makan masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan, akan jadi beban.

    Dalam pada itu, Alicia menjelaskan prinsip berkenaan turut diterapkannya dalam bidang lain yang diceburinya, termasuk dunia fesyen.

    MENARIK:  Afgan Gementar Buat Konsert Solo Terbesar Di Pulau Pinang, Tak Sabar Nak Makan Nasi Kandar

    Dalam perkembangan lain, filem Chelot yang menampilkan Alicia bersama barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar dan Shaheizy Sam bakal menemui penonton di pawagam pada 27 Ogos ini.

    Menerusi filem arahan Adrian Teh itu, Alicia membawakan watak Zara dalam naskhah yang mengangkat kisah berkaitan sindiket haram penyeludupan senjata api.

    The post Alicia Amin Pegang Prinsip Bayaran Perlu Setimpal Dengan Komitmen Kerja first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah