33.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming, berkongsi pendekatan yang dilakukankannya bagi memperoleh keberkatan dalam perniagaan.

    Artikel Berkaitan: ‘Kita Dah Mula Buat Perancangan Untuk Pelancaran Produk Tahun Depan’ – Khairul Aming

    MENARIK:  ‘Dia Pegang-Pegang Saya, Terus Saya Ambil Pisau & Tus*k’ – Lelaki Mengaku K*rat Mayat Rakan, Buang Dalam Guni

    Artikel Berkaitan: Khairul Aming Taja Trip Ke Itali Untuk Lima Pembeli Terawal –  ‘Boleh Bawa Plus One’

    Perkongsian Khairul Aming

    " data-video-id="7676059420710767889" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @nurfatin_atikah

    @Khairulaming at TikTokShop Summit Malaysia 2026 #TikTokShopSummit2026 #khairulaming

    ♬ original sound – Fatinutella | Optometrist – Fatinutella | Optometrist

    Menerusi perkongsian dalam sebuah majlis, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman, 34, berkata, kejujuran dalam perniagaan adalah penting bagi memastikan kepercayaan orang ramai terhadap produk yang dihasilkan.

    Satu perkara yang saya sangat menjaga adalah keberkatan dalam berniaga sehingga satu sen pun saya ambil kira.

    Jual beli kena jujur, jangan cuba sorok-sorok dekat belakang. Kalau produk tu tak berkualiti, saya lebih rela buang daripada bagi dekat orang.

    Kita kadang-kadang bila berniaga akan jadi defensif. Katakanlah barang rosak, kita akan cakap, ‘betul ke pecah?’ Tapi bagi saya tak mengapa, saya ganti nanti adalah rezeki dekat tempat lain.

    Selain itu, Khairul Aming memegang prinsip untuk tidak menggunakan kejatuhan orang lain sebagai konten untuk mempromosikan produknya.

    Jangan guna kejatuhan orang lain untuk menaikkan sales kita.

    Contoh ada peniaga yang buat salah, kita pun buat video ulasan dan ‘ride’ sebab kita nak ambil peluang promosi produk kita.

    Sepanjang 10 tahun dalam industri ini, apa sahaja isu orang saya takkan sentuh. Saya sentuh isu saya sahaja.

    Bukan itu sahaja, usahawan berasal dari Kelantan ini juga menekankan tentang tanggungjawab sebagai majikan iaitu sentiasa menepati masa ketika pembayaran gaji pekerja, pembekal, cukai dan zakat.

    Tambah Khairul Aming, kebajikan pekerja perlu dijaga dan menghargai penat lelah mereka yang mencari rezeki.

    Jangan cari gaduh dengan orang. Kita lambatkan bayaran pembekal, lambat bayar gaji staf, elak cukai, tak nak bayar zakat. Kalau itu tanggungjawab kita, kita kena buat.

    Jaga pekerja dan jangan tindas mereka, apa hak mereka kita kena hormat.

    Kalau mereka kerja lebih masa kita kena bayar, dah sampai waktu gaji bayar. Jangan guna alasan mereka kena faham kita sebagai peniaga.

    Tapi kita kena faham mereka pun ada tanggungan.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah