27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harissa Adlynn Tak Reka Cerita, Harap Berita Diganggu Pelakon Senior Miang Dijadikan Pengajaran – ‘Ada Pertikai Baju Saya Pakai’

    Shopee Sale



    Pelakon yang sedang meningkat naik, Harissa Adlynn berharap pendedahannya mengenai pernah diganggu seorang pelakon senior miang menjadi asbab buat pendatang baharu untuk bersuara jika berdepan dengan situasi yang sama.

    Tak reka cerita

    Ketika ditemui , Harissa atau nama sebenarnya Harissa Adlynn Abdul Halim berkata, dia tidak mereka-reka cerita sebaliknya hanya menjawab pertanyaan yang diajukan pihak media pada ketika itu.

    Dalam masa yang sama, Harissa tidak menyangka isu tersebut akan menjadi bualan ramai di media sosial.

    Saya bukan mereka-reka cerita dan hanya menjawab soalan yang diberikan pihak media.

    Malah, tiada niat pun nak kongsi dan tak sangka isu itu jadi besar seperti sekarang.

    Namun, benda sudah jadi dan mungkin isu tersebut dapat buka mata pihak lain serta buat pelakon baru lain berani untuk lakukan perkara sama (bersuara).

    Harissa berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada satu majlis berbuka puasa anjuran ASIA bertempat di Shah Alam, baru-baru ini.

    Artis lain turut berdepan situasi sama?

    Walau bagaimanapun, pelakon berusia 22 tahun itu mendedahkan dia juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman netizen selepas membuat pendedahan tersebut.

    Rakan artis atau kru produksi tak pernah pun bercakap dan mempersoalkan tentang perkara tersebut kepada saya.

    Namun saya baca komen netizen, ada juga cakap saya acah-acah, sengaja buat cerita dan mempertikai baju saya pakai.

    Hakikatnya, saya ketika di set penggambaran pakai baju yang sesuai.

    Bercerita lanjut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Iskandar Chempaka’ itu memaklumkan bahawa terdapat beberapa rakan selebriti lain juga berkongsi pernah berdepan dengan situasi sama kepadanya.

    Ada juga artis lain kongsi pekara sama dengan saya. Bukan mudah sebenarnya untuk buka tentang hal ini kepada orang lain.

    Selepas pendedahan itu, saya akan lebih berhati-hati dan akan lebih menjaga diri.

    Kalau ada yang melalui hal sama, bersuaralah sebab boleh bantu orang lain juga.

    Lebih baik lakukan sesuatu untuk bantu industri seni menjadi tempat yang selamat untuk semua orang.

    Pada Disember lalu, Harissa mencuri perhatian apabila mengakui dirinya pernah diganggu lelaki miang termasuklah aktor yang sudah memiliki cucu.

    MENARIK:  Anuar Zain Pernah Dilabel Tumpang Populariti Ziana Zain – ‘Saya Senyum Ja’

    Dakwa Harissa, kejadian itu berlaku sewaktu mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah