31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jazmy Juma Tak Pernah Bawa Isteri Ke Tempat Kerja – ‘Paling Penting Adalah Kepercayaan’

    Shopee Sale

    Pelakon Jazmy Juma menyatakan pendiriannya buat masa ini adalah untuk tidak membawa isteri, Farah Athirah ke mana-mana program yang melibatkan kerjayanya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Jawab Kritikan Sering Sarung Uniform ‘Pilot’ – ‘Kami Bertemu Tenaga Pengajar Penerbangan Untuk Tahu Pemakaian Mereka’

    Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Saya Diberi Peluang & Diizinkan Menjadi Seorang Suami’ – Jazmy Juma Selamat Bernikah 

    Kerjaya & peribadi

    Ketika ditemui Jazmy atau nama lengkapnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkongsi bahawa pendekatan tersebut diambil sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.

    Menurut Jazmy, praktik berkenaan dilakukan supaya dia dapat mengasingkan perihal kerjaya dan peribadi.

    Tak pernah, daripada mula kenal sampailah sekarang saya tak pernah pratikkan perkara itu (bawa isteri). Contohnya masuk set penggambaran bawa pasangan, memang tidak. 

    Daripada dulu saya tak pernah bawa pasangan ke acara berkaitan kerjaya. Paling tidak pun saya hanya bawa kawan dan pengurus. 

    Saya tak mahu kerja terganggu dengan perkara peribadi.

    Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada acara Exclusive Meet & Greet & Viewing Party Yes! Captain Zul Aaryan yang diadakan di Hotel Marriot, Petaling Jaya pada Khamis. 

    Mengulas lanjut, Jazmy memaklumkan, isterinya juga tidak pernah meminta untuk dibawa ke acara atau ke set penggambaran berikutan perlu memenuhi komitmen terhadap kerjaya.

    MENARIK:  Shakilla Khoriri Ajak Individu Disebalik ‘Fake Account’ Bersemuka, Penat Dilabel Penyondol

    Tambah pemenang kategori Artis Baharu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37 itu, perkara tersebut tidak menimbulkan sebarang isu antara dia dan isteri kerana bagi mereka kepercayaan adalah paling utama.

    Buat masa ini dia tak pernah nak ikut saya kerana dia pun ada kerja sendiri. 

    Saya pernah ajak jomlah tengok macam mana persekitaran kerja saya, tapi mungkin dia pun belum bersedia. 

    Dia pun sibuk, saya pun sibuk dengan kerjaya jadi paling penting adalah kepercayaan.

    Dalam pada itu, Jazmy juga mencuba untuk memberi keselesaan kepada isteri bagi menyesuaikan diri dengan kehidupannya sebagai seorang aktor yang sedang mencipta nama dalam industri seni.

    Saya cuba bagi dia rasa selesa dengan orang ramai, insyaAllah. 

    Sekarang ini saya takut saya yang tak selesa nak bawa dia (isteri) di khalayak ramai.

    Untuk rekod, Jazmy sah bergelar suami selepas melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya itu dalam satu majlis yang diadakan pada 27 Jun lalu.

    The post [VIDEO] Jazmy Juma Tak Pernah Bawa Isteri Ke Tempat Kerja – ‘Paling Penting Adalah Kepercayaan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah