26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DJ Lin Hormati Keputusan Rara, Hubungan Masih Dalam Keadaan Baik – ‘Industri Kita Kecil, Tidak Mustahil Akan Bekerjasama Lagi’

    Shopee Sale



    Hubungan pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid dan bekas penyampai stesen radio itu, Sharifah Shahirah dalam keadaan baik walaupun tidak lagi bekerjasama di konti yang sama.

    Tiada paksaan

    Ketika ditemui , Roslinda atau lebih mesra disapa DJ Lin akui tidak memaksa mana-mana pihak untuk kekal bersama di konti Suria.

    Tambahnya, dia hanya mendoakan yang terbaik buat bekas penyampai radio Suria FM iaitu Rara agar terus sukses di tempat baru.

    Kontrak Rara tamat pada pertengahan Februari lalu. Kami di Suria FM mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama.

    Menjelang hari-hari terakhir sebelum kontraknya berakhir, Rara memaklumkan kepada kami bahawa dia tidak bercadang untuk menyambung kerana ingin berehat seketika.

    Sebagai sebuah stesen radio, kami menghormati keputusan itu dan tidak memaksa sesiapa untuk terus bersama.

    Apa yang lebih penting adalah menjaga hubungan baik serta silaturahim yang sihat agar tidak terputus.

    Insya-Allah, mungkin akan ada peluang untuk bekerjasama lagi di masa hadapan.

    Kami di Suria FM sentiasa mendoakan agar Rara terus sukses dengan langkah barunya, namun jangan lupakan kami kerana kami sudah seperti keluarga.

    DJ Lin berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Drama Hayati- Suria yang berlangsung di Royale Chulan The Curve, pada Rabu.

    MENARIK:  700 PMKS Tempatan Raih Jualan RM28 Juta Di TikTok Shop Bersama KUSKOP

    Hormati keputusan Rara

    Berkongsi lebih lanjut, DJ Lin akui menghormati keputusan yang dibuat oleh Rara yang kini memilih untuk berada di konti radio lain.

    Kami di Suria FM tidak mempunyai sebarang masalah dengan Rara. Kami tetap menghormati keputusannya.

    Sejak awal, apabila dia memilih untuk tidak menyambung kontrak, kami menerima dengan terbuka.

    Dalam pada itu, DJ Lin memaklumkan bahawa Suria FM akan berjalan seperti biasa dengan pelbagai pembaharuan yang telah dilaksanakan sebelum merancang untuk mencari pengganti Rara.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah