30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dituduh ‘Microcheating’, Harris Alif Beri Penjelasan – ‘Itu Watak Tommy, Bukan Diri Sebenar Saya’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Harris Alif tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan melakukan ‘microcheating’ selepas tular video dirinya mengucapkan kata-kata romantik kepada wanita lain ketika melakukan kandungan permainan atas talian. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harris Alif Didakwa Ucap ‘I Love You’ Dekat Perempuan Lain – ‘Walaupun Sekadar Permainan …’

    Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Harap Isu Harris Alif Dengan Pelakon Lelaki Selesai – ‘Alhamdulillah, Suami Saya Membela Isterinya’

    Harris Alif beri penjelasan

    Menerusi hantaran di TikTok Story, Harris menegaskan bahawa segala tindakan dan dialog yang didengar oleh netizen hanyalah sebahagian daripada watak Tommy dalam dunia roleplay (RP).

    Untuk jelaskan itu adalah roleplay character (Tommy) dalam content dalam ABRP sahaja, bukan diri sebenar saya (Harris Alif). 

    Dalam dunia Roleplay atau RP, memang ada storyline dan dialog tertentu yang ikut watak.

    Harris turut menjelaskan bahawa di luar dunia kandungan digital, dia kekal sebagai seorang suami kepada aktres Intan Ladyana dan seorang bapa.

    Di luar content, saya tetap seorang Suami dan Ayah, dan saya tahu batas serta tanggungjawab saya terhadap keluarga.

    Dia juga akui menyedari batas-batas pergaulan serta tanggungjawab yang dipikulnya dalam alam realiti. 

    Tentang isu “microcheating” tu kalau betul niat saya nak curang, saya takkan buat secara terbuka dekat live untuk semua orang tengok. Saya lebih tahu jaga diri dan keluarga saya.

    Bagaimanapun, Harris memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin tersinggung atau berasa tidak selesa dengan kandungan yang dihasilkan itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Luang Masa Berdua Sebelum Bergelar ‘Ayah’, Imran Luah Rasa Sayang Pada Dahlia – ‘Setiap Hari Saya Jatuh Cinta’

    Sebelum ini, nama Harris Alif menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas tular beberapa potongan klip video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi penstriman langsung (live streaming) permainan video. 

    Dalam klip tersebut, Harris yang sedang bermain perlawanan atas talian dilihat menggunakan nada suara dan kata-kata yang dianggap ‘romantik’ serta mesra terhadap pemain wanita lain.

    Tindakan tersebut mencetuskan perdebatan ramai, di mana rata-ratanya mula mempersoalkan batas pergaulan Haris sebagai seorang lelaki yang sudah bergelar suami.

    Sumber: TikTok Tommy Hilfger

    The post Dituduh ‘Microcheating’, Harris Alif Beri Penjelasan – ‘Itu Watak Tommy, Bukan Diri Sebenar Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah