
Seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul kekasihnya hingga mendatangkan kecederaan sudah memberikan keterangan kepada pihak polis, malam tadi.
Pelakon beri keterangan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, suspek hadir ke pejabat polis namun tidak ditahan dan dibebaskan selepas memberikan keterangan.
Suspek bagaimanapun tidak ditahan sebelum dibebaskan selepas proses rakaman percakapan selesai.
Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan akan memanggil suspek dalam masa terdekat selepas menerima laporan daripada kekasihnya pada 7 April lalu.
Siasatan mendapati mangsa pernah membuat laporan polis terhadap suspek pada tahun lalu berhubung kejadian sama, namun laporan itu ditarik balik oleh mangsa sendiri.
Terdahulu, kekasih kepada suspek memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story (IGs) mendakwa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat dipukul suspek.





