
Selepas mendapat kecaman, pempengaruh media dan usahawan, Ojen Aiwah tampil menjelaskan kos yang digunakan untuk membawa masuk perniagaan Kunafah Aiwah ke Singapura.
Bayar kos dalam SGD

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ojen mendedahkan kos perbelanjaan yang perlu ditanggungnya termasuk kos sewa tapak, perbelanjaan logistik dan kebajikan pekerja sepanjang berada di Singapura.
Memandangkan ramai yang bertanya, saya akan jelaskan.
Apa yang saya kongsikan ini adalah kos untuk tapak saya sahaja, belum termasuk makan minum staf, peningapan dan kenderaan staf, logistik, dan suntikan vaksin kepada 41 orang staf.
Kalau jualan saya ‘sold out’, barulah kesemua kos itu akan ditampung semula tapi kalau rezeki tak menyebelahi saya, sudah tentu saya yang akan tanggung segala kos.
Bercerita lanjut, Ojen menegaskan dia tidak boleh menjual makanan tersebut mengikut harga pasaran di Malaysia memandangkan setiap kos yang dibelanjakan dibayar menggunakan mata wang dolar.
Saya berniaga di Singapura, takkanlah saya nak jual ikut pasaran harga di Malaysia?
Kenapa perlu ‘convert’ duit itu? Saya di sini untuk cari rezeki dan saya yakin orang Singapura ramai yang baik-baik.
Dan tolong jangan bandingkan kunafah Malaysia dan Singapura sebab kami datang jauh. Tolong ‘support’ kami semua.
Di akhir hantaran, Ojen berharap perniagaan Kunafah Aiwahnya itu mendapat sambutan dan tiada lagi istilah ‘harga Yahudi’ digunakan.
Terdahulu, Ojen teruk dikecam oleh segelintir netizen Singapura yang mendakwa harga kunafah yang dijualnya terlalu mahal.
Malah ada yang melabel harga kunafah yang dijual sebagai ‘harga Yahudi’.
Ojen dikecam






