30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dia Tak Mengaku Artis, Perkenal Diri Sebagai Ahmad’ – Individu Dedah Faizal Tahir Tak Pernah Merungut Sertai Misi Bantuan

    Shopee Sale

    Sikap merendah diri penyanyi terkenal Faizal Tahir ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Acheh, Indonesia telah membuatkan ramai yang mengaguminya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tragedi Mavi Marmara Buka Mata Faizal Tahir Tentang Isu Kemanusiaan – ‘Aku Sangat Leka Dengan Dunia’

    Artikel Berkaitan: ‘Kehidupan Saya Berubah 360 Darjah’ – Faizal Tahir Lebihkan Keluarga, Besarkan Anak Istimewa

    Keikhlasan Faizal

    View this post on Instagram

    A post shared by Ghafur Rahim (@ghafur_mustakim)

    Menerusi perkongsian salah seorang peserta iaitu Dr Gafur Rahim Mustakim, Faizal tidak pernah merungut sepanjang keberadaannya menghulurkan bantuan di negara tersebut.

    Trip kali ini memang terpaksa bermalam di rumah mangsa banjir sebab lokasi misi jauh dari mana-mana penginapan.

    Banyak kali saya tanya, ‘abang okay ke kalau kita duduk rumah orang kampung?’ Jawab dia ringkas, ‘tiada masalah’.

    Meskipun melalui pelbagai cabaran dan ketidakselesaan, namun pemilik nama Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 48, itu sama sekali tidak meminta diberi layanan berbeza malah bersama-sama turun padang meringankan beban masyarakat di sana.

    Tempat misi kali ni mencabar, tidur fully di rumah mangsa banjir, tanpa kipas, tanpa tilam. Memang tidur beralaskan tikar, selimut pun tak ada, tandas pun tak proper. Bayangkan malam penuh nyamuk.

    Makan pula seadanya sahaja. Memang mencabar. Tapi menariknya sepanjang misi ini dia langsung tak ada nak ‘complaint’ atau buat sebarang permintaan. 

    Keluar awal pagi, turun edar bantuan sampai waktu berbuka, tak pernah minta rehat.

    Dikenali sebagai ‘Ahmad’

    View this post on Instagram

    A post shared by MyFundAction Malaysia (@myfundaction.malaysia)

    Bukan itu sahaja, Ghafur berkata, pelantun lagu Sampai Syurga tersebut menggunakan nama Ahmad dan tidak mendedahkan dirinya sebagai selebriti terkenal.

    Dia tak mengaku artis dan perkenal diri pun sebagai Ahmad, kantoi pun sebab ada orang buka YouTube.

    Bila tanya kenapa tak nak orang tahu dia artis, jawapan dia memang menikam kalbu sebab tak nak ada layanan berbeza-beza.

    Refleksi buat diri kita semua, moga boleh jadi contoh. Moga ada lebih ramai orang macam ini, InsyaAllah.

    Untuk info, Faizal dan Ghafur bersama-sama menyertai misi kemanusiaan iaitu, Better Ramadan di Acheh dari 18 hingga 21 Februari ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Gaduh ‘Manja’ Di Live TikTok, Netizen Nak Panggil Tok Kadi Kahwinkan Adira & Datuk Red – ‘Kami Jadi Orang Tengah’

    Sumber: Instagram

    The post ‘Dia Tak Mengaku Artis, Perkenal Diri Sebagai Ahmad’ – Individu Dedah Faizal Tahir Tak Pernah Merungut Sertai Misi Bantuan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah