31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dia Budak Baik, Pandai Cari Rezeki & Tak Kekwat Langsung’ – Siti Jamumall Titip Doa, Kata Semangat Buat Mia Sara Nasuha

    Shopee Sale

    Usahawan, Siti Jamumall menyifatkan pelakon, Mia Sara Nasuha seorang gadis yang baik.

    Artikel Berkaitan: ‘Keadaan Dia Biasa Sahaja, Pihak Kami Belum Ada Sebarang Komen Buat Masa Ini’ – Bapa Mia Sara Nasuha

    MENARIK:  ‘Jadi Kontot Rambut Imane Lunara Suami Gunting’ – Intan Najuwa

    ‘Mia budaknya baik’

    " data-video-id="7599167198120234260" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sitijamumall

    siti suka satu statement ni dari ym.tunku.luqman —- Bila tersebarnya aib seseorang, cukup ambil tahu dan BERHENTI sebarkannya. Tugas kita adalah DIAM & BERHENTI sebarkan. Dan ini lah ujian kita. Tahukah kamu? Bila kamu sebar aib orang, maka aib kamu jugak akan terselak suatu hari nanti. Itulah ‘hutang’ yang akan kejar kamu setiap hari. Bukan abang kata, tapi lihat hadis ini: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya ALLAH AKAN MEMBUKA AIBNYA walaupun dia berada DI DALAM rumahnya.” (HR Imam al-Tirmidhi) 1/2@Mia Sara Nasuha

    ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

    Menerusi kapsyen pada video yang dikongsikan di TikTok, Siti mengenali Mia Sara sejak lima tahun lalu dan dia mengagumi aktres itu kerana sikapnya yang rajin dan pandai berdikari meskipun masih muda.

    Mia budaknya baik. Hampir lima tahun Siti mengenali, dia seorang budak yang rajin. Kecil-kecil dah pandai cari rezeki.

    Tak ‘kekwat’ langsung, itu apa yang Siti kenal.

    Sementara itu, Siti turut mendoakan agar Mia diberi kekuatan dalam menempuhi segala ujian dalam hidupnya.

    Semoga dipermudahkan segala-galanya Mia akak harap kau terus kuat lalui segala ujian.

    Akak tahu kau kuat kau boleh hadap! Please jaga diri ya.

    Dalam pada itu, Siti turut menitipkan ucapan terima kasih atas bantuan yang pernah diberikan Mia ketika dia sedang sarat mengandung suatu ketika dahulu.

    Terima kasih sebab pernah tolong akak masa akak tak larat nak meniaga sebab dah sarat mengandung.

    Dalam kesempatan itu, Siti turut menasihati orang ramai agar berhenti menularkan perkara yang boleh menjatuhkan maruah atau membuka aib mana-mana pihak. Sebaliknya mendoakan yang terbaik bagi kedua-dua pihak yang terlibat.

    Kita sebagai orang yang melihat berhenti lah sebarkan lagi aib. Doakan semoga ada jalan terbaik untuk kedua-dua pihak.

    Sumber: TikTok Siti Jamumall

    The post ‘Dia Budak Baik, Pandai Cari Rezeki & Tak Kekwat Langsung’ – Siti Jamumall Titip Doa, Kata Semangat Buat Mia Sara Nasuha first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah