Pengacara, Dayah Bakar menyeru orang ramai khususnya pempengaruh media sosial dan rakan selebriti, agar terus memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran dan solidariti terhadap perjuangan Palestin.
Dayah seru selebriti, pempengaruh

Ketika ditemui , Dayah atau nama lengkapnya Nur Hidayah Datuk Haji Abu Bakar, 36, menggesa agar golongan berpengaruh tidak hanya berdiam diri sebaliknya menggunakan platform masing-masing untuk menyebarkan kesedaran.
Pengguna media sosial, selebriti dan pempengaruh korang semua ada kuasa untuk kongsikan benda ni.
Tolonglah buat. Siapa saja kalau you ni seorang manusia, you are human with a heart, yang ada perasaan.
Dayah berkata demikian ketika ditemui di Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena pada Rabu.
Dalam pada itu, personaliti media sosial ini juga meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang mempersolkan perjuangan sukarelawan yang menyertai Global Sumud Frotilla.
Korang ingat semua sukarelawan yang pergi itu mudah? Tinggal anak, tinggal suami, tinggal famili, and they do it memang betul-betul untuk perjuangan.
Jadi kalau ada headline atau komen saya nampak condemn, netizn cakap, “Diorang ni nampak macam nak diraikan.’ Tapi sebenarnya mereka tak minta pun diraikan.
Orang datang sebab hargai diorang (sukarelawan), sebab mereka hero kita. Kalau korang tak suka, diam. Tak perlu persoalkan.
Kita bagi sokongan, kita stay positif, kita bersatu.
Terdahulu, seramai 23 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk Zizi Kirana, Pu Rahmat, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi selamat tiba KLIA1 pada jam 10.07 malam pada Selasa.
Untuk info, kesemua sukarelawan Malaysia bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.
The post Dayah Bakar Seru Selebriti, Pempengaruh Bersuara Isu Palest*n first appeared on OHBULAN!.





