32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    The Vocket Lancar ‘Euforia Bola’, Destinasi Digital Peminat Bola Sepak

    Shopee Sale

    Bola sepak kekal sebagai antara sukan paling dekat di hati rakyat Malaysia dan menjelang kejohanan bola sepak terbesar dunia 2026, The Vocket memperkenalkan kempen digital Euforia Bola sebagai pusat kandungan utama peminat.

    ‘Euforia Bola’

    Kempen Euforia Bola ini menghimpunkan pelbagai jenis kandungan untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih interaktif sepanjang kejohanan bola sepak terbesar dunia yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 berlangsung.

    Antaranya, pratonton perlawanan yang menyediakan maklumat awal seperti ramalan, prestasi semasa pasukan serta pemain tumpuan sebelum sepak mula. Selepas perlawanan, peminat boleh mengikuti ulasan perlawanan yang merangkumi sorotan detik penting, keputusan taktikal dan perubahan momentum permainan.

    Bagi peminat yang mahu analisis lebih mendalam, kupasan taktikal turut disediakan dengan penerangan ringkas tentang formasi, strategi permainan dan cara pasukan mengatur serangan serta bertahan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Komplikasi Yang Dialami Tiada Kena Mengena Dengan Pembedahan Bariatrik’ – Doktor Isteri Prince Syed

    Selain itu, EUFORIA BOLA juga berfungsi sebagai ruang skrin kedua, membolehkan peminat mengikuti kemas kini langsung, reaksi semasa serta perbincangan komuniti ketika perlawanan berlangsung.

    Sementara itu, SAYS Seismik turut menjadi rakan digital yang membantu memperluaskan capaian kempen melalui kandungan sosial dan siaran langsung bersama The Vocket.

    Euforia Bola dibangunkan sebagai platform lengkap untuk peminat mendapatkan pengalaman bola sepak yang lebih dekat, interaktif dan menyeluruh sepanjang kejohanan dunia 2026.

    Peminat bola sepak daripada pelbagai latar belakang dijemput mengikuti berita terkini, kupasan eksklusif dan segala kemeriahan sepanjang kejohanan ini di http://www.thevocket.com/euforiabola

    The post The Vocket Lancar ‘Euforia Bola’, Destinasi Digital Peminat Bola Sepak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah