Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim berkongsi tentang pendapatnya berhubung penghasilan filem epik sejarah yang dilihat semakin menunjukkan perkembangan positif dalam industri filem tempatan.
Artikel Berkaitan: Yusry Tak Sangka Watak ‘Datuk Muzaffar’ Jadi Fenomena – ‘Ramai Pula Yang Suka Orang Tua’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Duit Simpanan, Berjimatlah, Sekarang Bukan Masa Untuk Berbelanja’ – Yusry
Pandangan Yusry

Ketika ditemui , Yusry, 53, berpendapat bahawa penerbit dan pemain industri perlu melihat potensi besar yang ada pada genre filem seperti ini.
Saya rasa tiba masanya untuk penggiat seni melaburkan lebih untuk filem-filem seperti ini kerana pasaran sudah ada.
Kalau sebelum ini mungkin fikir penonton belum bersedia untuk filem-filem seperti itu tetapi sekarang pasaran lebih terbuka dan mereka menyokong.
Dalam masa yang sama, penonton juga dilihat lebih matang serta menghargai kekuatan sesebuah karya berdasarkan kualiti daripada naskah itu sendiri.
Filem tempatan pun pada saya banyak yang berjaya.
Karya kita pun sudah melepasi satu fasa di mana penonton tidak lagi terlalu membandingkan dengan produksi Hollywood. Sebab pada mereka filem tempatan yang bagus, tetap filem tempatan yang bagus.
Bukanlah nak membandingkan tetapi bagi saya, ia satu perkembangan yang positif.
Jadi, penerbit-penerbit pun kena buka mata, pasaran sudah bersedia.
Yusry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya Jiwa & Raga yang berlangsung di Convivencia Cafe, Bukit Tunku baru-baru ini.
Cabaran terbesar

Yusry yang pernah berada di kerusi sutradara bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa berkata, jika diberikan peluang, dia berminat untuk kembali terlibat dalam projek filem epik sejarah pada masa akan datang.
Kalau saya ada peluang itu, ya, saya memang nak buat.
Buat masa sekarang ini ada beberapa projek yang sedang dibincangkan tetapi belum ada yang konkrit lagi.
Bagaimanapun, Yusry mengakui antara cabaran terbesar untuk menghasilkan filem dengan tema seperti ini adalah memerlukan kos yang banyak.
Semestinya (kos besar). Kita perlukan pelabur kerana untuk menghasilkan filem epik bukanlah sesuatu yang murah.
Sangat-sangat memerlukan bajet yang besar.
The post Yusry Tak Tolak Hasilkan Lagi Filem Epik Sejarah, Akui Kos Antara Cabaran Terbesar first appeared on OHBULAN!.





