27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Datuk Red Berminat Untuk Belajar Membuat Live TikTok – Saya Mencari Peluang Pekerjaan, Bukan Sedekah

    Shopee Sale



    Suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi mengejutkan ramai selepas mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis sejak 2019.

    Datuk Red nak belajar buat live TikTok

    Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu kemudian membuka akaun TikTok dan memuat naik hantaran mencari pekerjaan demi menyara keluarganya. Jelasnya lagi, pelbagai usaha yang dilakukan sepanjang 5 tahun bagi mencari perkerjaan tetap, namun tidak membuahkan hasil.

    Dia juga mendedahkan memiliki hutang sebanyak RM5 juta selain terpaksa meminta belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

    Terbaharu, Datuk Red meluahkan rasa syukur atas respon positif orang ramai terhadap situasi yang dilaluinya. Malah tidak menyangka bahawa kisah dan usahanya mencari pekerjaan itu menjadi tular.

    Terima kasih tuan puan, tak sangka viral pula kisah saya mencari kerja.

    Malam nanti saya belajar buat live. Tapi saya bukan minta sedekah tau, saya hanya mencari kerja.

    Terdahulu, Adira dan Datuk Red gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian mereka.

    Dalam prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

    MENARIK:  ‘Kepada Suami Yang Masih Berkahwin, Tak Perlu Beri Nasihat Dekat Duda Macam Mana Nak Jaga Isteri’ – Fazley Yaakob

    Pada 25 Oktober lalu Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

    Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.

    Manakala isteri pertamanya, Datin Red turut memfailkan penceraian pada Januari lalu. Mereka juga dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah