Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak tampil bersuara memohon agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan isu hutang yang didakwa dilakukan oleh bekas suaminya.
‘Saya tidak ada kena mengena lagi dengan bekas suami’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Elliza atau nama penuhnya Elliza Abdul Razak, 36, menegaskan bahawa dia kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki berkenaan selepas mereka sah bercerai.
Saya sudah bercerai dan saya tidak ada kena mengena lagi dengan bekas suami saya. Saya sendiri pun tidak tahu dia tinggal di mana sekarang. Tolong jangan cari saya. Saya tak tahu apa-apa tentang hutang dia.
Elliza mengakui tertekan dan terganggu apabila kerap menerima mesej daripada individu yang didakwa sedang mencari bekas suaminya untuk menagih hutang.
Hari ini pun saya terima banyak mesej daripada orang yang mencarinya lagi. Nada mesej pun dah macam Ahlong menuntut hutang.
Ya Allah tolonglah jangan ganggu ketenteraman saya.
Dakwa Elliza lagi, selain isu hutang, bekas suaminya itu juga didakwa culas nafkah anak-anak.
Ni hutang saya pun dia buat bodo* je. Nafkah anak pun tak bagi selama empat bulan dah.
Elliza turut menjelaskan bahawa tujuannya memuat naik kenyataan itu bukanlah untuk meraih simpati, sebaliknya sebagai satu usaha untuk melindungi dirinya dan anak-anak daripada terus diganggu.
Sumber: Instagram
The post Elliza Razak Tertekan, Dakwa Diganggu Gara-Gara Hutang Bekas Suami – ‘Dah 4 Bulan Tak Bagi Nafkah Anak’ first appeared on OHBULAN!.





