28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dana RM250,000 Menanti Penerbit Tempatan di Kemuncak TV & Filem ASEAN 2025

    Shopee Sale

    Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyediakan peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Dana Promosi dan Penyertaan Antarabangsa (DPPA) kepada lima penerbit tempatan yang berjaya pada Kemuncak TV & Filem ASEAN (AFTS) 2025 Siri Kedua yang berlangsung pada akhir bulan ini.

    Artikel Berkaitan: Dana RM 1 Juta Menanti Pemenang Filem Terbaik FFM34, Ini Senarai Penuh Top 5 Setiap Kategori

    Artikel Berkaitan: Filem Pecah Panggung Blood Brothers: Bara Naga Dominasi FFM34, Berentap 13 Pencalonan

    Kerjasama

    Ketika ditemui , Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata inisiatif itu bertujuan merancakkan kerjasama penerbitan bersama (co-production) antara penggiat industri kreatif serantau khususnya di Asia Tenggara.

    AFTS2025 membuka ruang besar kepada penerbit dan pengarah tempatan untuk mempamerkan idea baharu, berkolaborasi dan membawa karya mereka ke peringkat antarabangsa di hadapan wakil penyiar di rantau ini.

    Melalui dana ini, kami harap dapat membuka ruang buat penerbit ‘keluar’ dengan lebih banyak merealisasikan projek penerbitan bersama yang mampu menonjolkan keunikan budaya ASEAN di layar global.

    Azmir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman AFTS di Kompleks FINAS pada Selasa.

    MENARIK:  Syamim Freida Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami – ‘Abang Saya Yang Kenalkan Kami’

    Difahamkan, AFTS 2025 berlangsung selama tiga hari bermula 28 Oktober ini dianjurkan oleh Finas dengan kerjasama Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

    Kata Azmir, seramai 200 penggiat industri filem, televisyen (TV) dan kandungan digital dari seantero Asia Tenggara bakal berkumpul di ibu negara sempena penganjuran AFTS 2025.

    AFTS2025 bukan sekadar acara industri, tetapi platform untuk membina hubungan jangka panjang dan mencipta peluang baharu bagi penerbitan rentas sempadan.

    Malaysia berbangga menjadi tuan rumah kepada acara ini yang mengangkat kekuatan, kreativiti dan suara budaya ASEAN ke pentas dunia.

    Antara pengisian utama AFTS 2025 ialah ASEAN Co-Production Forum yang berlangsung sehari penuh dan membincangkan hala tuju industri kandungan kreatif rantau ini.

    AFTS 2025 dijangka menjadi platform pertemuan lebih 20 organisasi penyiaran dan produksi dari seluruh rantau, termasuk Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Brunei dan Laos.

    The post Dana RM250,000 Menanti Penerbit Tempatan di Kemuncak TV & Filem ASEAN 2025 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah