34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwa Reputasi Terjejas, Safiey Illias Fail Tuntutan RM80 Juta Terhadap Beby Maembong?

    Shopee Sale

    Usahawan kosmetik, Safiey Illias didakwa telah memfailkan satu tuntutan undang-undang terhadap Beby Maembong yang juga merupakan kakak kepada pelakon, Emma Maembong.

    Tuntut RM80 juta

    View this post on Instagram

    A post shared by Safiey Illias (@safieyillias94)

    Menerusi dokumen yang dikongsikan di Instagram, Safiey atau nama lengkapnya Mohd Safiuddin Ilias menuntut ganti rugi berjumlah RM80,000,000.00 (RM80 juta) atas dakwaan perbuatan yang telah menjatuhkan reputasi serta nama baik dirinya, syarikat dan ahli keluarganya.

    Tuntutan ini difahamkan bermula selepas Safiey dimaklumkan oleh para pengikutnya mengenai satu hantaran di platform X milik Beby Maembong yang didakwa menuduh Safiey telah disenaraihitamkan oleh pihak bank serta pihak-pihak lain.

    Bertindak atas dakwaan tersebut, Safiey melalui firma guamannya telah mengeluarkan notis tuntutan rasmi bagi menyangkal dan menafikan kenyataan berkenaan yang dianggap sebagai fitnah tanpa fakta yang sahih.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak KM Sebak, Ajak Kak Nona Datang Rumah Untuk Berbaik – ‘Saya Tahu Awak Kesepian’

    Selain tuntutan wang ringgit, Safiey turut mengarahkan Beby Maembong untuk mengemukakan pelbagai dokumen peribadi dan perniagaan dalam tempoh tujuh hari.

    Antara dokumen yang diminta termasuklah geran asal harta dan kenderaan, deklarasi harta, resit bayaran cukai pendapatan (LHDN) dari tahun 2012 hingga 2025, rekod caruman KWSP dan Perkeso pekerja, serta dokumen berkaitan pendaftaran tanda dagang (trademark) bagi jenama perniagaannya.

    Dalam pada itu, Safiey turut meluahkan rasa terkilan apabila mengenangkan jasanya membantu perniagaan Beby Maembong secara percuma melalui penempatan logo syarikat dalam klip video lagu tularnya, ‘Syinta Gila’, pada tahun 2018 yang lalu.

    Sumber: Instagram Safiey Ilyas

    The post Dakwa Reputasi Terjejas, Safiey Illias Fail Tuntutan RM80 Juta Terhadap Beby Maembong? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah