Pempengaruh media sosial yang juga guru tuisyen bahasa Melayu, Cikgu Zack Kirana berkongsi pencerahan mengenai ejaan sebenar Ramadan yang sering disalah eja oleh kebanyakan masyarakat.
Artikel Berkaitan: ‘Rasanya Dah Tiba Masa, Wajibkan Lawatan Sekolah Ke Penjara’ – Cikgu Zack Kirana
Ramadan atau Ramadhan

Menerusi satu hantaran video, Cikgu Zack Kirana menjelaskan bahawa ejaan yang tepat dalam bahasa Melayu adalah ‘Ramadan’ dan bukannya ‘Ramadhan’.
Ejaan sebenar adalah Ramadan, bukannya Ramadhan. Kita tidak boleh menggantikan fungsi huruf ‘dhot’ dengan ‘dh’ dalam bahasa Melayu.
Kita juga tidak boleh menyamakan ejaan bahasa Melayu dengan bahasa Arab. Jika mahu mengikut bahasa Arab, maka ejaan perlu ditulis sepenuhnya dalam tulisan Arab.
Dalam bahasa Melayu, huruf ‘dhot’ dan ‘dhal’ dieja sebagai ‘d’, manakala ‘kofh’ dan ‘kafh’ dieja dengan ‘k’, serta ‘thot’ dan ‘ta’ dieja sebagai ‘t’.
Tambahnya lagi, perbezaan sebenar antara ‘Ramadan’ dan ‘Ramadhan’ hanyalah dari segi sebutan, sama ada menggunakan lelangit keras atau lelangit lembut.
Cara sebutan sahaja yang berbeza, iaitu penggunaan lelangit keras atau lelangit lembut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui baru mengetahui tentang ejaan sebenar Ramadan dan menyifatkan perkongsian itu sebagai satu ilmu baharu yang bermanfaat.
Malah, ada juga yang mencadangkan agar Cikgu Zack Kirana terus berkongsi penjelasan mengenai ejaan perkataan lain yang sering disalah eja dalam penggunaan harian.
Sumber: Instagram
The post Cikgu Zack Kirana Tegur Kekeliruan Ejaan ‘Ramadan’, Bukan ‘Ramadhan’ – ‘Cara Sebut Sahaja Berbeza’ first appeared on OHBULAN!.





