31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Abby Abadi Nafi Pilih Kasih Antara Anak – ‘Tak Pernah Tak Adil Kepada Mereka’

    Shopee Sale

    Pelakon Abby Abadi, menafikan dakwaan bahawa dirinya bersikap pilih kasih terhadap anak-anaknya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Jawab Konflik Bersama Anak – ‘Sudah Habis Kata-Kata..Saya Tak Berharap Mereka Datang’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan & Luahan Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Undang Perhatian – ‘Kalau Mama, Abah Sakit Atau Meninggal Jangan Datang Tau’

    Kasih sayang yang adil

    Ketika ditemui Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, menegaskan bahawa dia membahagikan kasih sayang yang sama rata untuk setiap cahaya mata tanpa membeza-bezakan mereka.

    Menurut Abby, dia juga berusaha sebaik mungkin untuk berlaku adil terhadap keenam-enam anaknya .

    Saya bukan jenis orang yang mahu junjung al-Quran atau apa, tetapi Lillahitaala saya jaga anak-anak saya yang kecil, yang besar, sama rata.

    Tidak pernah pun saya berbahagi kasih ataupun macam tak adil kepada mereka.

    Kalau saya beli satu barang, saya beli semua. Kalau saya beli baju merah, semua saya beli merah. Contohnya macam itu.

    Abby berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Elegant Selamanya yang berlangsung di Ampang, pada Khamis.

    MENARIK:  Beri Peluang, Tapi Bukan Jalan Pintas! Ini Cara A. Aida Bentuk Azeva Sebagai Pelapis Dalam Industri

    Dalam pada itu, Abby juga memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak pernah mempunyai rasa cemburu, malah dia mempunyai sebab tersendiri apabila bertindak menyuarakan isu anak-anak.

    Kalau nak dengki sejak dulu lagi saya dengki tetapi hati saya bukan dalam situasi dengki atau cemburu pada orang.

    Saya bersuara ada sebab dan keperluan. Kalau diikutkan apa yang saya luahkan dalam media sosial cuma lima peratus.

    Kemelut keluarga Abby dan bekas suami, Norman Hakim kembali menjadi bualan warganet apabila baru-baru ini aktres itu menitip ucapan selamat ulang tahun ‘menghiris hati’ buat anaknya, Maria Danisha Hakim yang ke-18.

    Menerusi perkongsian tersebut, Abby berkongsi perasaan mengenai pengorbanan dilakukannya dalam membesarkan anak-anak yang seakan-akan dilupakan.

    The post [VIDEO] Abby Abadi Nafi Pilih Kasih Antara Anak – ‘Tak Pernah Tak Adil Kepada Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah