31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua Wanita Dakwa Diganggu Penceramah Bebas, Diajak ‘Check In’ Hotel & Jadi ‘Sugar Baby’

    Shopee Sale

    Dua wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang penceramah bebas tampil bersuara.

    Wanita dakwa diganggu penceramah bebas

    Memetik laporan Berita Harian, seorang mangsa, Sofia, 19, mandakwa dia mula mengenali lelaki berstatus suami orang itu selepas penceramah terbabit menonton siaran langsung TikTok miliknya sebelum mereka berhubung di WhatsApp.

    Dakwa Sofia, lelaki itu pada awalnya mendekatinya atas urusan pelajaran sebelum mengajaknya menjadi ‘sugar baby’ dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

    Saya sangkakan perbincangan kami terarah kepada nasihat untuk menyambung pelajaran memandangkan dia adalah seorang penceramah motivasi, namun tidak sangka dia tiba-tiba membuka topik mengenai ‘sugar baby’.

    Rakan saya yang pernah mengikuti ceramahnya di sekolah juga memaklumkan lelaki itu mengaku bujang dan sedang mencari jodoh. 

    Penipuannya terbongkar apabila saya dihubungi isterinya sebelum saya bertindak menyekat nombor telefon lelaki itu.

    Manakala seorang lagi mangsa iaitu Diana, 27, mendakwa mengenali penceramah terbabit menerusi urusan kerjasama program motivasi.

    Bagaimanapun, selepas beberapa bulan bekerjasama, Diana mendakwa lelaki itu pernah mengajaknya ke hotel dan melakukan hubungan seks bertiga atau threesome.

    Beberapa bulan selepas bekerjasama, dia mula menunjukkan perangai sebenar dan bercerita mengenai pelajar sekolah. Malah, dia pernah memberi alasan mahu singgah berehat di tempat kerja saya selepas habis ceramah, namun saya menolak.

    Selepas mengetahui dia sebenarnya sudah berkahwin susulan pendedahan isterinya pada Jun lalu, saya terus memutuskan hubungan dengannya dan menyimpan rahsia ini hinggalah perbuatannya tular,

    Saya mengenali beberapa rakan yang turut menjadi mangsa lelaki itu. Lebih teruk, dia juga pernah menjadikan saya tempat untuk dia bercerita mengenai apa yang dilakukannya bersama mangsa-mangsa lain.

    Pada Khamis, Menteri Pendidikan iaitu Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan semua program di sekolah yang membabitkan penceramah bebas berkenaan dihentikan serta-merta.

    MENARIK:  Asya’B Pertaruhkan ‘Sayang Padamu’ Sebagai Single Sulung, Gembira Bekerjasama Dengan Zul 2By2

    Kementerian Pendidikan kini sedang mendapatkan maklumat lanjut kerana ia membabitkan aspek keselamatan serta perlindungan murid.

    Sumber: Berita Harian

    The post Dua Wanita Dakwa Diganggu Penceramah Bebas, Diajak ‘Check In’ Hotel & Jadi ‘Sugar Baby’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah