24.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Uyaina Beri Pendapat Dakwaan Filem & Drama Punca Kes Buli – ‘Yang Buat Naskhah Itu Mesti Ada Sesuatu Ingin Disampaikan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, memberi pandangan berhubung isu buli yang didakwa segelintir pihak berpunca daripada pengaruh filem atau drama, berikutan memaparkan unsur aksi dan keganasan.

    Artikel Berkaitan: ‘Melahirkan Ikut Tingkap Memang Dipandang Rendah Ke?’ – Uyaina Arshad Kecewa Persepsi Negatif Bersalin Czer

    Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Uyaina Arshad Perjelas Hantaran Tentang ‘Pejuang Garis Satu’ – ‘Bukan Nak Bandingkan Siapa Lebih Teruk Atau Siapa Lebih Derita’

    Pendapat Uyaina

    Ketika ditemui , Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkata, dia memahami pendapat dan penilaian setiap pihak mengenai perkara tersebut.

    Masing-masing ada pendapat masing-masing dan sebagai orang yang membuat sesuatu naskhah itu, mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan.

    Kalau kita melihat sesuatu itu dari sudut negatif, memang negatiflah akan jadinya.

    Tetapi kalau kita ambil pengajaran, kita sendiri yang melihat itu sebagai sesuatu yang positif, insya-Allah akan dapatnya positif juga.

    Menurut Uyaina, dia menekankan tentang peranan ibu bapa yang seharusnya bertindak mengawal anak-anak termasuk rancangan televisyen serta bahan internet yang ditonton oleh mereka.

    Saya pun seorang ibu. Jadi, kita tak boleh lepaskan dan biarkan sahaja apa yang anak-anak kita tonton.

    Kalau mereka menonton sesuatu yang menonjolkan sisi-sisi kekerasan, keganasan dan sebagainya itu, saya rasa penting untuk ibu bapa beritahu kepada anak-anak.

    Pada akhirnya, ibu bapa itu yang bertanggungjawab 100% terhadap anak-anak. Jadi, mungkin kita senang nak menyalahkan pihak-pihak yang lain, tetapi agak sukar untuk kita melihat balik diri kita.

    Tetapi lebih penting lagi adalah bagaimana kita sebagai ibu bapa, apa yang kita boleh cuba untuk kawal.

    Tambah ibu kepada tiga orang anak ini, kes buli bukanlah sesuatu yang baharu berikutan ia sudah lama wujud dalam masyarakat sejak dahulu lagi.

    Kes buli ini bukan sesuatu yang baru. Kes buli ini daripada zaman datuk nenek kita sebelum ini pun dah wujud, cuma mungkin waktu itu peranan media tidaklah seperti sekarang.

    Sekarang ini, kita scroll sahaja kita dah dapat dah. Jadi sebab itu kita rasa, “Oh sekarang ini kes buli makin banyak, makin teruk.”

    Sebenarnya daripada dulu lagi dah ada dah kes-kes ini, cuma liputan itu mungkinkah tidak secepat zaman sekarang.

    Uyaina berkata demikian ketika ditemui pada Festival Novel Malaysia 2026 yang berlangsung di Karangkraf Shah Alam, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Kes Hadanah Untuk Ameena Dah Selesai’ – Fizi Ali

    Penulisan di sosial media

    Dalam pada itu, bekas hos Wanita Hari Ini tersebut turut menekankan tentang cara segelintir individu berkomunikasi di media sosial, termasuk kata-kata dan penulisan yang boleh menjadi punca kepada budaya buli.

    Saya rasakan, tak payah tengok ceritalah. Tengok cara orang komen di media sosial. Tengok itu dulu sebelum nak salahkan kepada, “Oh drama ini begini, drama ini tak ada mesej yang bagus, filem ini tak ada mesej yang bagus.”

    Tengok macam mana kita menulis dekat sosial media dulu. Jangan tengok buli itu dari segi pukulan atau fizikal sahaja.

    Kadang-kadang apa yang kita cakap, lisan dan penulisan kita. Mungkin itu titik puncanya. Kalau kita dapat kawal itu, insya-Allah yang fizikal pun kita boleh juga kawal.

    Mengulas mengenai filem terbitannya yang bertemakan isu sama, Uyaina akui berasa risau namun yakin ia diketengahkan adalah bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada penonton.

    Kerisauan itu ada, tetapi saya yakin dengan mesej yang kita sampaikan daripada filem ini.

    Kita bukan nak mengagung-agungkan si pembuli ini, tidak.

    Filem ini akan menonjolkan kesan. Awak buat macam ini dekat anak orang, ini balasannya yang awak akan dapat.

    The post [VIDEO] Uyaina Beri Pendapat Dakwaan Filem & Drama Punca Kes Buli – ‘Yang Buat Naskhah Itu Mesti Ada Sesuatu Ingin Disampaikan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah