25 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahida Rafik Bersara Daripada Dunia Lakonan, Fokus Pada Keluarga – ‘Saya Nak Jaga Ibu Ayah’

    Shopee Sale

    Demi tanggungjawab terhadap keluarga, pelakon Zahida Rafik mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

    Artikel Berkaitan: Netizen Kaget Lihat Penampilan Zahida Rafik Di KLFW – ‘Persis Bintang Hollywood’

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Sehari Tidak Berpeluh Bukan Sayalah’ – Zahida Rafik Dedah Rahsia ‘Maintain’ Awet Muda

    Zahida Rafik ‘bersara’ jadi pelakon

    Ketika ditemui , pemilik nama Zahidah Mohamed Rafik, 51, berkata dia nekad menamatkan kariernya sebagai pelakon kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan ibu bapanya yang semakin berusia.

    Fokus utama saya sekarang adalah menjaga ibu dan ayah. Saya ada komitmen untuk jaga ibu bapa, mereka pun dah berusia. Walaupun ada bantuan pembantu rumah, saya sendiri yang menguruskan keperluan mereka.

    Meskipun merindui dunia lakonan, Zahida berkata komitmen di lokasi penggambaran yang mengambil masa lama membuatkan dia memilih untuk tidak kembali berlakon.

    Memang saya dah lama tinggalkan dunia lakonan tapi masih berjumpa dan luangkan masa dengan kawan-kawan industri.

    Perasaan rindu itu kadang-kadang ada, tapi bila fikirkan komitmen di lokasi penggambaran yang memakan masa hingga tak ada masa nak balik, semua itu buat saya rasa ‘pening kepala’.

    Zahida berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah anjuran Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima yang berlangsung Musolla Aisya di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

    MENARIK:  Rezeki Aisha Retno Kian Melimpah Selepas AJL38

    Dalam pada itu, Zahidah mengakui ada dalam kalangan penggiat seni termasuk pengarah Erma Fatima cuba memujukknya untuk kembali berlakon. Namun, usaha itu tidak membuahkan hasil.

    Kak Erma (Erma Fatima) dah banyak kali ajak dan pujuk. Mula-mula saya teruja, tapi akhirnya tak jadi juga. 

    Sekarang ini dah tak ada tawaran. Orang yang kenal saya tahu saya selalu janji tapi akhirnya kata ‘Alamak, tak bolehlah’. Sampai mereka pun kata ‘sudah-sudahlah, lupakan sajalah.

    Terdahulu, Zahida pernah menyinari industri seni tempatan menerusi beberapa filem popular antaranya Anak Mami The Movie, Mami Jarum, dan Bujang Senang.

    The post Zahida Rafik Bersara Daripada Dunia Lakonan, Fokus Pada Keluarga – ‘Saya Nak Jaga Ibu Ayah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah