Perkongsian usahawan dan pempengaruh, Abiejam mengenai tindakannya membelanjakan RM12,000 untuk membeli mainan squishy bagi kanak-kanak mendapat perhatian termasuk pelakon Zila Bakarin yang meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.
Komen tersebut kemudian membuatkan Abiejam tampil memberikan penjelasan selepas mendakwa dirinya menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Artikel Berkaitan: Tawar Hantaran RM1 Juta, Abiejam Jawab Dakwaan Nafkah Batin Terabai
Artikel Berkaitan: Abiejam Nafi Dakwaan ‘Tunggang’ Isu Azar Azmi, Terima Teguran Vida – ‘Pasal Duit RM40,000 Tu Saya Memang Tak Tahu’
‘Kenapa komen macam itu?’ – Abiejam

Menurut Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, dia berharap Zila dapat memahami tujuan sebenar dia berbelanja sebanyak RM12,000 untuk membeli mainan berkenaan.
Tak bodoh, tak bijak. Tengok komen ini. Zila Bakarin Official atau Godzilla, dia komen dekat posting Abiejam yang RM12,000 aku habiskan untuk bagi anak-anak, ‘Ini sebenarnya bodoh ke pandai?’
Kak juga seorang ibu, jadi sepatutnya tahu anak-anak ini suka apa. Kenapa kak komen macam itu? Kak suka ya nak bagi saya kena kutuk dengan netizen, komen kak itu memang mengundang kecaman.
Bagaimanapun, Abiejam menjelaskan teguran tersebut bukan bertujuan untuk memanjangkan isu atau mencari gaduh dengan pelakon berkenaan.
Sebaliknya, dia berharap perkara itu dapat dilihat daripada sudut yang lebih positif memandangkan niat asalnya adalah untuk menggembirakan kanak-kanak.
Tolonglah, kak itu sudah bertudung. Sebelum ini akak pernah cakap, saya pernah dengar kenyataan kak mengatakan orang yang mahu berubah jangan dipaksa, biarkan dia berubah sendiri.
Jadi kak pun sudah berubah, alhamdulillah. Tetapi sekadar menutup kepala itu tidak cukup. Kak kena jaga pertuturan dan mulut juga.
Niat nak gembirakan kanak-kanak
Dalam pada itu, Abiejam turut memohon maaf sekiranya penjelasannya membuatkan Zila berasa kurang selesa.
Dia berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya mengubah fokus asal perkongsiannya yang hanya mahu melihat kanak-kanak menikmati mainan tersebut.
Banyak sangat komen negatif ini, kak. Minta maaf sangat sebab saya yang macam ini pun saya boleh bantu orang sebab nak bagi anak-anak gembira.
Mengulas mengenai perbelanjaan RM12,000 itu pula, Abiejam berkata pembelian tersebut turut dibuat bagi menyokong peniaga yang menjual produk berkenaan.
Saya buat benda ini, RM12,000 yang saya keluarkan itu, untuk beri sokongan kepada peniaga juga. Ramai peniaga gembira sebab saya beli dengan mereka.
Yang kedua, saya buat ini demi anak-anak sebab saya tahu ramai ibu di luar sana sebenarnya tidak mampu nak berikan anak-anak mereka mainan squishy ini.
Jelas Abiejam, dia memilih untuk membeli dalam jumlah yang banyak selepas melihat ada kanak-kanak yang tidak berpeluang memiliki mainan tersebut.
Terdahulu, Abiejam menarik perhatian selepas berkongsi video di TikTok ketika membeli dan memberikan mainan squishy secara percuma kepada orang ramai dengan nilai keseluruhan mencecah RM12,000.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’ first appeared on OHBULAN!.



@zilabakarinofficial

