Pengalaman menghadiri sebuah program di Madrasah India Kampung Pandan baru-baru ini memberi pengalaman berbeza buat pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Buat pertama kali, PU Riz berpeluang berkongsi ilmu di hadapan khalayak yang keseluruhannya terdiri daripada masyarakat India, sesuatu yang jarang dilaluinya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Usia 8 Tahun Hingga Remaja, Anak Asnaf Sertai Kelas Quranic Madani PU Riz
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Yang Berubah & Dapat Hidayah Asbab Kita, Itu Nikmat Terbesar’ – PU Riz Seru Umat Islam Dalami Ilmu Agama
Ceramah ‘crowd’ bukan Melayu – PU Riz

Menurut PU Riz, kebiasaannya program ceramah yang dihadirinya sering melibatkan masyarakat Melayu, namun pengalaman kali ini membuka ruang untuk dia mengenali komuniti daripada latar belakang yang berbeza.
Biasa ‘crowd’ yang dengar ceramah saya orang Melayu. Tapi buat kali pertama yang semuanya, saya ulang, semuanya bangsa India.
Tambah PU Riz, perkara yang paling menarik perhatiannya adalah semangat masyarakat yang hadir untuk menimba ilmu selain usaha mereka dalam memperbaiki taraf kehidupan, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40).
Dalam masa sama, suami kepada selebriti Neelofa itu turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam membantu masyarakat menerusi pelbagai inisiatif termasuk program pendidikan, kemahiran dan peluang pekerjaan.
Menurutnya, peluang untuk mendapatkan ilmu serta meningkatkan kemahiran seharusnya terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Bantuan dan program yang dilaksanakan KESUMA juga bukan hanya melibatkan satu komuniti sahaja, sebaliknya turut disalurkan kepada pelbagai golongan mengikut keperluan.
Sebelum ini, kementerian berkenaan turut menyokong pelaksanaan program melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang memberi fokus kepada perkongsian ilmu serta peluang pekerjaan.
Tak kira bangsa dan agama

Mengulas lanjut, PU Riz berharap usaha seperti itu dapat diteruskan agar lebih ramai masyarakat, terutama golongan B40, mendapat akses kepada pendidikan, kemahiran dan peluang yang mampu membantu kehidupan mereka.
Kita doakan semua, tidak kira bangsa, khususnya di negara ini memperoleh satu kekuatan ilmu yang tertinggi, insya-Allah.
The post PU Riz Teruja Ceramah Depan Masyarakat India, Pertama Kali Berdepan ‘Crowd’ Berbeza first appeared on OHBULAN!.





