Penyanyi, Datuk Nash terpaksa menerima 52 jahitan pada bahagian muka dan kepala selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, pada malam Rabu.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Atas Doa’ – Datuk Nash Kemalangan, Terima Jahitan Di Bibir
Terima 52 jahitan

Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 66, berkata kejadian berlaku selepas dia selesai menunaikan solat Isyak di sebuah surau berhampiran kediamannya.
Saya menaiki motosikal ke surau berdekatan rumah dan balik selepas ceramah. Waktu itu juga hujan. Dalam perjalanan itulah kemalangan berlaku.
Mata saya masih belum boleh dibuka, manakala luka di bahagian kepala menerima 24 jahitan dan 28 jahitan lagi di dahi kiri. Syukur tiada kecederaan dalaman.
Nash yang popular menerusi lagu Syurga Di Wajahmu berkata, dia bersyukur apabila penduduk sekitar yang berada di lokasi kejadian segera memberikan bantuan dengan menghubungi ambulans.
Terima kasih kepada penduduk sekitar yang membantu saya malam tadi. Mereka yang pantas panggil ambulans.
Ambulans kemudian membawa Nash ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan sebelum dia dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta bagi rawatan susulan.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut meluangkan masa melawat bekas vokalis Lefthanded itu yang kini sedang menerima rawatan di hospital.
Sumber: Kosmo
The post Nash Kemalangan Motosikal Ketika Pulang Solat Isyak, Terima 52 Jahitan Di Muka & Kepala first appeared on OHBULAN!.





