35.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Evertts Gomes Tak Selesa Di-‘Ship’ Dengan Pelakon Lelaki – ‘Kalau Dah Tak Tegur Mierul Aiman, Jangan Salahkan Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon Evertts Gomes tampil memberi respons selepas namanya sering di ‘ship’ dengan seorang pelakon lelaki oleh segelintir peminat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mierul Aiman Tak Anggap Barisan Pelakon Sebagai Pesaing – ‘Ini Bukan Permainan Solo, Tapi Sebuah Pasukan’

    Jangan ship sesama jantina

    View on Threads

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Evertts menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah sekiranya peminat ‘ship’ sesama watak dalam sesebuah karya.

    Tambah Evertts, dia berharap peminat tidak membawa perkara tersebut ke kehidupan sebenar sehingga mencetuskan budaya LGBT.

    Saya nak sangat sentuh tentang perkara ini.

    Saya tak kisah nak bawa budaya barat dalam Malaysia. Tapi tolongan jangan bawa budaya LGBT.

    Saya ramai kawan yang dalam golongan LGBT tapi untuk peminat cerita kami, jangan libatkan LGBT.

    Tambah pelakon berusia 27 tahun itu, tindakan peminat yang terus-menerus sebegitu boleh menyebabkan hubungan mereka di luar set menjadi janggal.

    Jujur cakap, kemungkinan besar antara kami tidak akan selesa.

    Kalau ship antara watak, saya tak kisah. Ini contoh ada yang ship saya dengan Mierul Aiman, itu pelik.

    Kalau esok lusa, saya dah tak tegur sangat dengan Mierul jangan salahkan saya.

    Sebab korang sendiri yang buat kami rasa tak selesa. Saya tak sokong LGBT dalam Malaysia.

    Sumber: Threads @kakaklouisnosyatuu

    MENARIK:  Sarah Suhairi Tak Sangka Kahwin Pada Usia Muda, Sifat Suami Yang Tenang & Matang Berjaya Tambat Hati

    The post Evertts Gomes Tak Selesa Di-‘Ship’ Dengan Pelakon Lelaki – ‘Kalau Dah Tak Tegur Mierul Aiman, Jangan Salahkan Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah