Selepas tiga tahun berehat dan menumpukan sepenuhnya kepada dunia perniagaan, pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan, kini kembali mewarnai layar kaca.
Artikel Berkaitan: Isu Curang, Che Ta Nasihat Jangan Salahkan ‘Penyondol’ 100 Peratus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Tidak Sihat, Aaisyah Dhia Rana Kemas Bilik Tidur Sendiri
Timbul kemarahan penonton

Ketika ditemui , Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memaklumkan bahawa watak antagonis, ‘Kak Ju’ yang dilakonkannya dalam drama ‘Bahagia Yang Tertanggung’ mula meniti sebutan penonton.
Menariknya, lakonan antagonisnya di bawah arahan Osman Ali kembali menarik perhatian ramai, bukan sahaja kerana menimbulkan kemarahan penonton terhadap watak tersebut, tetapi juga kerana persembahannya yang mantap.
Menurut Che Ta, sambutan terhadap watak dalam drama tersebut di luar jangkaannya apabila reaksi penonton menjadi semakin hebat sejak episod awal drama terbitan iFabulous Art & Media Event Sdn Bhd (iFame) untuk siaran di Astro Ria.
Penangan karakter Kak Ju itu umpama mengembalikan ingatan dan kenangan saya saat melakonkan watak Kiah Pekasam suatu ketika dahulu.
Cuma bezanya inilah kali pertama saya berlakon watak antagonis.
Jujur tak sangka watak itu semakin berbekas di hati penonton.
Sejak siaran episod awal lagi, bayangkan sudah berbakul-bakul komen dan kecaman penonton serta netizen saya terima.
Siap pakej makian minta Kak Ju ditidurkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tak kurang juga yang komen minta watak Kak Ju dimatikan segera.
Ada juga yang komen dan cakap berdepan bila jumpa saya dengan nada sinis nak ‘pijak’ Kak Ju.
Terima kecaman

Ujar aktres drama Diari Ramadhan Rafique, walaupun menerima kacaman bertubi-tubi, dia tidak melihat reaksi tersebut sebagai sebuah ancaman.
Baginya, ia adalah bukti lakonannya berjaya dalam meninggalkan impak yang besar.
Dari sudut lain, saya percaya apabila watak itu meninggalkan kesan di hati penonton tak kira dari sudut positif atau negatif, bererti saya sudah cuba memberikan sehabis baik dalam menghidupkan watak Kak Ju.
Syukur lakonan saya diterima dan beri impak.
Komen dan kecaman sebegitu kalau difikirkan buat saya rasa nak gelak sebab geram punya fasal, penonton sampai nak itu, ini dengan Kak Ju.
Che Ta turut menghargai keyakinan pihak produksi, stesen TV dan pengarah yang berani menawarkan watak di luar kebiasaannya.
Mereka berani cabar saya dengan watak sebegini dan keluar dari kepompong kebiasaan.
Ikutkan saya seperti orang tahu, memang lantang bersuara. Saya dengan anak pun jenis tegas.
Cuma mungkin sebelum ini tak ada produksi berani buka peluang serta mencabar saya bawa watak jahat.
Sampai anak saya cakap watak Kak Ju itu seperti diri sendiri. Tapi saya di rumah tidaklah sekejam Kak Ju.
Kawan anak saya di Jerman yang menonton drama ini dalam talian pun terkejut dengan lakonan berkenaan yang sangat garang, ‘laser’ dan cakap lepas.
Katanya lagi, menjadi antagonis sebenarnya lebih mudah dilakonkan kerana tidak perlu mengawal emosi terlalu banyak, berbeza dengan watak protagonis yang memerlukan kawalan dan kedalaman emosi.
Watak jahat macam ini tak perlu nak ‘control’. Lepaskan saja apa yang mahu diluahkan.
Kalau watak baik pula kita kena banyak kawal dan bermain rasa serta emosi.
Cuma selepas drama ini, sebolehnya saya tolak dulu watak antagonis kalau ditawarkan.
Bukan tak nak jadi jahat lagi, tapi mungkin saya letakkan jurang atau tempoh masa.
Berkongsi pengalaman bekerja di bawah pengarah drama ini buat kali pertama, Che Ta menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghargaan besar buat dirinya.
Selama ini saya dengar saja cerita mengenai karya arahannya. Kali ini, dapat merasai ‘air tangan’ dia sebagai pengarah.
Cuma selepas sekian lama tak berlakon depan kamera dan saat awal tempoh masuk set penggambaran drama ini, saya dan hampir kebanyakan pelakon terbabit kena ‘tegur’ dengannya.
Biasalah, belum ‘panas’ lagi. Jadi apabila tak sampai tahap kepuasannya sebagai pengarah, dia akan terus cabar dan minta saya keluarkan lagi sisi ‘jahat’ Kak Ju.
Semua itu saya anggap cabaran dan proses mewarnakan lagi karakter. Lama kelamaan sudah masuk ‘roh’ Kak Ju.
Sisi lain, saya kagum dan harus memujinya. Dia jenis pengarah yang nak kita nampak ‘cantik’ di skrin.
Dia sangat komited dan bagus dalam menjaga perkembangan karakter pelakon dari bintang utama sampailah tambahan.
Che Ta menyifatkan kejayaan drama ini sebagai rezeki yang datang pada masa tepat.
Buat atau hasilkan drama ini saya percaya berbalik kepada tuah, rezeki dan masa.
Kadang-kadang jalan cerita bagus dan pelakon hebat pun bukan tiket jaminan sesebuah drama itu akan ‘boom’.
Tapi syukur drama ini diterima dan mendapat sambutan baik.
Ia sekali gus mengukuhkan trek rekod produksi ini yang pernah tukar dengan drama seperti Mandul Bukan Pilihan, Curang Tanpa Niat dan Layang-Layang Perkahwinan.
Lebih mengujakan penulis skrip drama ini olahan Oka Aurora dari Indonesia yang pernah meledak dengan karya kontroversi seperti Ipar Adalah Maut selain Norma, Antara Mertua dan Menantu.
Drama yang ditayangkan sebanyak 28 episod itu turut dibintangi Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Riz Amin dan Mimi Ernida.
The post Che Ta Kembali Ke Layar Kaca, Watak Antagonis Buat Penonton Geram – ‘Berbakul Kecaman Saya Terima’ first appeared on OHBULAN!.





