Pencipta kandungan, Che Nom berkongsi pengalaman dihalau semasa berada di sebuah kafe yang terletak di Lauterbrunnen, Switzerland.
Artikel Berkaitan: Che Nom Umum Berhenti Jadi Pencipta Kandungan, Titip Nasihat Buat Generasi Muda – ‘Dunia Influencer Bukan Jalan Pintas Cari Duit’
Artikel Berkaitan: Che Nom Dakwa Dianiaya Anak Suadara – ‘Dia Buat Laporan Ke JKT & KWSP Cakap Saya Tak Jaga Kebajikan Pekerja’
Dihalau

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Che Nom, atau nama sebenarnya Normah Bakar, 43, mendakwa dihalau oleh pemilik kafe tersebut ekoran anaknya yang dianggap penyebar virus.
Ujar Che Nom, anaknya memiliki Autism Spectrum Disorder (ASD) dan disalah anggap selepas anaknya membuat bunyi ‘motor tick’ seakan bunyi batuk ringan.
Saya kena halau dari kafe depan train stesen Lauterbrunnen. Serius tak sangka boleh jadi macam ini.
Kami singgah satu kafe kecil, ingat nak minum panas sambil rehat.
Anak saya yang ada ASD, tiba-tiba buat motor tick. Bunyi macam batuk ringan. Itu normal untuk dia.
Tiba-tiba pemilik kafe itu datang, muka serius dan terus cakap ‘Awak sakit, penyebar virus, tolong beredar’.
Saya terkedu sekejap. Saya jelaskan anak saya tidak sakit, itu motor tick. Tapi dia tetap suruh keluar.
Anak saya pula ‘blur’ sebab tak faham tiba-tiba kena halau. Kami pun tak mahu panjangkan, terus keluar dengan tenang.
Orang di Switzerland

Dalam pada itu, Che Nom reda dengan pengalaman yang tidak menyenangkan itu kerana memahami adat dan budaya di tempat orang.
Di sini memang cantik tak dinafikan.
Tapi kadang-kadang orang dia terlalu tegas sampai boleh buat kita rasa pelik.
Tak mengapa. Yang penting anak gembira, dan kita teruskan perjalanan ke kafe lain yang lebih mesra.
Sumber: Facebook @chenom
The post Che Nom Dakwa Dihalau Dari Kafe, Anak Dituduh Penyebar Virus – ‘Dia Ada ASD’ first appeared on OHBULAN!.





