Pelakon Chacha Maembong memberikan respon mengenai hubungan cinta kakaknya, Emma Maembong bersama DJ Kidd yang dikatakan sudah berakhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Terkilan Bila DJ Kidd Keluarkan Kenyataan Kami Dah Berpisah’ – Emma Maembong
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Lagi Bersama Dia’ – Hubungan DJ Kidd & Emma Maembong Sudah Berakhir?
Sokongan untuk Emma

Ketika ditemui , Chacha atau nama lengkapnya Siti Aishah Ismail, 30, bagaimanapun enggan mengulas lebih terperinci mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu mencampuri urusan peribadi Emma.
Saya tidak berani bercakap bagi pihak kakak saya kerana pada akhirnya, bukan saya yang melalui kehidupan hariannya. Jadi, saya tidak tahu situasi sebenar yang dilaluinya.
Namun, apa yang saya tahu, apa sahaja keputusan yang dibuat, sama ada mereka sudah berpisah atau sebaliknya, saya tetap akan sentiasa berada di sisinya.
Sebagai seorang adik, Chacha berkata, dalam apa juga keadaan dia akan tetap memberi sokongan penuh kepada kakaknya.
Dia tetap kakak saya dan saya akan terus menyokongnya sampai bila-bila.
Cuma saya berharap orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buatnya kerana dia sudah melalui banyak perkara.
Saya rasa sekarang adalah masa untuk dia melalui proses penyembuhan diri dengan tenang.
Dalam pada itu, Chacha juga memohon kepada orang ramai agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi atau memberi tekanan kepada Emma.
Jika boleh, saya tidak mahu orang luar terus memberi tekanan dengan gosip-gosip seperti ini. Kedua-dua pihak sudah memandang ke hadapan.
Kakak saya juga sedang melalui kehidupan yang lebih bahagia ketika ini. Jadi, biarlah keadaan itu kekal seperti sekarang.
Sementara itu, Chacha juga sempat berkongsi keadaan Emma ketika ini yang sedang sibuk menjayakan sebuah naskah lakonan.
Keadaan Emma baik sahaja. Dia masih sibuk dengan penggambaran. Kami pun jarang berjumpa hampir setiap hari kerana masing-masing sibuk penggambaran.
Tetapi setiap kali berjumpa, dia berada dalam keadaan baik. Dia seorang wanita yang sangat kuat, malah antara individu paling kuat yang pernah saya kenal.
Jika ditanya keadaannya, dia seperti biasa dan tidak akan menunjukkan kesedihan di hadapan orang lain. Saya dapat lihat dia benar-benar sedang bahagia sekarang.
Terdahulu, Emma meluahkan rasa kecewa apabila DJ Kidd bertindak mendedahkan secara terbuka mengenai perpisahan mereka kepada umum.
Sebelum itu, DJ Kidd memaklumkan bahawa dia kini sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kekasihnya.
The post Chacha Maembong Sifatkan Emma Wanita Kuat, Mohon Henti Beri Tekanan – ‘Saya Rasa Sekarang Masa Untuk Dia Sembuhkan Diri’ first appeared on OHBULAN!.





