34 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Pingat, Ini 5 Atlet Malaysia Yang Buat Kita Bangga

    Shopee Sale

    Setiap kali atlet Malaysia naik ke podium, kita mungkin terus nampak satu benda iaitu pingat.

    Tapi di sebalik medal yang mereka bawa pulang, ada latihan bertahun-tahun, pengorbanan, kegagalan dan detik yang mungkin kita tak pernah nampak.

    Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jom kenali semula 5 atlet Malaysia yang membuktikan semangat juang bukan sekadar tentang menang atau kalah.

    Aniq Kasdan: terlepas gangsa dengan hanya 1kg

    Penampilan Olimpik pertama Mohamad Aniq Kasdan di Paris 2024 hampir menghasilkan pingat untuk Malaysia.

    Atlet angkat berat negara itu menamatkan saingan di tempat keempat kategori 61kg dengan jumlah angkatan 297kg, hanya 1kg di belakang pemenang gangsa.

    Namun, Aniq tetap pulang dengan rekod apabila catatan tersebut menjadi rekod kebangsaan baharu.

    Tak dapat medal mungkin mengecewakan, tetapi persembahan Aniq membuktikan dia sudah mampu bersaing di pentas terbesar dunia.

    Kadang-kadang, beza 1kg bukan tanda kita gagal. Ia tanda kita sudah begitu hampir.

    Datuk Nicol David: 108 bulan di puncak dunia

    atlet
    Kredit: The Edge

    Sembilan tahun berada di kedudukan nombor satu dunia bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah.

    Namun, itulah yang dilakukan Datuk Nicol Ann David apabila beliau menguasai ranking dunia skuasy selama 108 bulan berturut-turut.

    Nicol juga pernah memenangi World Open sebanyak lapan kali, selain menjadi antara ikon sukan Malaysia yang paling dikenali di seluruh dunia.

    Pencapaian itu bukan sekadar rekod. Ia adalah legasi seorang atlet Malaysia yang membuktikan bahawa kita juga mampu berada di puncak dunia.

    Datuk Pandelela Rinong: wanita Malaysia pertama raih pingat Olimpik

    Kredit: Free Malaysia Today

    Pada London 2012, satu terjunan Pandelela Rinong mencipta sejarah.

    Pingat gangsa dalam acara 10m platform menjadikan beliau atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik, selain menjadi atlet negara pertama dalam sukan selain badminton yang melakukannya.

    Empat tahun kemudian, Pandelela sekali lagi menaiki podium di Rio 2016 dengan pingat perak dalam acara 10m platform seirama.

    Dua Olimpik, dua pingat dan satu legasi yang membuka mata ramai bahawa atlet wanita Malaysia juga mampu mencipta sejarah di pentas terbesar dunia.

    MENARIK:  ‘Tiada Yang Sempurna, Suami Isteri Perlu Saling Memaafkan’

    Pearly & Thinaah: mereka terus mencipta sejarah

    Kredit: NST

    Pearly Tan dan M. Thinaah bukan sekadar pasangan beregu yang sering membuat kita berdebar depan TV.

    Di Paris 2024, mereka menjadi pasangan beregu wanita Malaysia pertama mara ke separuh akhir Olimpik.

    Kemudian pada Kejohanan Dunia 2025, mereka sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi beregu wanita Malaysia pertama mara ke final dan membawa pulang pingat perak.

    Perjalanan mereka mengingatkan kita bahawa kejayaan bukan semestinya tentang menjadi juara setiap kali.

    Kadang-kadang, menjadi orang pertama yang melangkah lebih jauh pun sudah cukup untuk membuka jalan kepada generasi seterusnya.

    Karamjit Singh: 64 tahun masih belum mahu berhenti

    Usia 64 tahun mungkin bagi sesetengah orang adalah masa untuk memperlahankan langkah.

    Tapi bukan untuk legenda rali negara, Karamjit Singh.

    Dikenali sebagai ‘Flying Sikh’, Karamjit pernah mencipta sejarah sebagai pemandu Asia pertama memenangi FIA Production Car World Rally Championship.

    Lebih menarik, semangatnya untuk berlumba masih membara hingga hari ini. Kerana bagi Karamjit, mungkin umur hanyalah nombor apabila hati masih mahu mengejar kemenangan.

    Dan itulah yang menjadikan kisahnya cukup istimewa dimana semangat juang tak mempunyai tarikh luput.

    Mereka bawa lebih daripada sekadar pingat

    Daripada gelanggang skuasy dan badminton, hinggalah ke kolam terjun, platform angkat berat dan trek rali, setiap atlet ini mempunyai perjalanan yang berbeza.

    Ada yang menang, ada yang hampir dan ada yang mencipta rekod. Tetapi semuanya pernah membawa nama Malaysia bersama mereka.

    Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, U Mobile meraikan kisah dan semangat wira-wira sukan negara menerusi Semangat Membara, Untukmu Malaysia.

    Korang boleh mengenali kisah mereka dengan lebih dekat menerusi pemasangan khas di Bangunan Sultan Abdul Samad, yang berlangsung dari hingga 16 September 2026.

    Jadi kalau korang berada di sekitar Kuala Lumpur, singgah dan hayati sendiri kisah mereka. Sebab di sebalik setiap pingat dan rekod, ada sebuah perjalanan.

    Dan perjalanan itulah yang membuatkan semangat Malaysia terus membara.

    The post Bukan Sekadar Pingat, Ini 5 Atlet Malaysia Yang Buat Kita Bangga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah