30.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada Yang Sempurna, Suami Isteri Perlu Saling Memaafkan’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkongsi tips kebahagiaan kepada pasangan suami isteri untuk rumah tangga yang berkekalan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Anak Ustaz Azhar Idrus Buat Ramai Kagum – ‘Terima Kasih Sudi Hantar Ke Kolej, Saya Tahu Banyak Susahkan Umi & Abi’

    MENARIK:  ‘Kalau Ada Iklan Saya Jual Smart Watch, Itu Adalah Video AI’ – Alif Satar

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    Perkongsian Ustaz

    " data-video-id="7498250451968724231" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ustaz.azhar.idrus66

    TIPS BAHAGIA SUAMI ISTERI #ustazazharidrus #ceramah #fyp #fypage #fypシ゚ #xybca #ceramahislam #rumahtangga #fypp #ceramahpendek #fyppppppppppppppppppppppp

    ♬ original sound – Ustaz Azhar Idrus – Ustaz Azhar Idrus

    Menurut Ustaz Azhar, pasangan suami dan isteri perlulah saling memaafkan antara satu sama lain demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

    Hal ini kerana kedua-duanya tidak sempurna, maka mereka haruslah bertolak ansur sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

    Antara suami isteri perlulah berlebih kurang dan saling memaafkan.

    Hakikatnya, kita tidak akan dapat kesempurnaan. Jadi kita perlulah saling memaafkan.

    Salah jika kita berkahwin dan berharapkan perempuan itu yang terbaik. Yang terbaik adalah Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah..isteri-isteri para sahabat tapi mereka juga tidak sempurna.

    Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Cukuplah sekadar memahami kita dan merawat apa yang kurang.

    Tiada yang sempurna

    Gambar sekadar hiasan

    Mengulas lanjut, Ustaz Azhar berkata, kesempurnaan tidak akan pernah wujud dalam realiti kehidupan manusia.

    Kerana kita tidak akan jumpa kesempurnaan yang sebenar ketika hidup di atas dunia.

    Hubungan kasih sayang dan kemesraan yang baik-baik hanyalah dalam khayalan-khayalan yang ditulis dalam lirik-lirik lagu.

    Sebab itu lagu-lagu cinta seronok didengar.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Tiada Yang Sempurna, Suami Isteri Perlu Saling Memaafkan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah