Kewujudan makhluk halus di dalam rumah sering dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman aneh yang sukar dijelaskan secara logik.
Artikel Berkaitan: Pantang Larang Dalam Islam, Kenapa Tak Boleh Tiup Makanan & Minuman Panas?
Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Perjelas Hukum Hantar Anak Ke Kelas Piano
Mengalami kesan fizikal

Antara perkara yang kerap berlaku ialah kemunculan bunyi-bunyi yang pelik seperti bunyi objek kecil seolah-olah bergolek, atau derapan langkah kaki walaupun tiada sesiapa kelihatan.
Selain itu, terdapat juga individu yang mengalami keadaan di mana perabot atau barangan di rumah sering berubah kedudukan tanpa disedari.
Keadaan ini menimbulkan rasa hairan dan mencetuskan persoalan, terutamanya apabila perkara yang sama berlaku berulang kali.
Gangguan ketika tidur juga sering dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus, di mana sesetengah individu kerap terjaga pada waktu malam yang sama setiap hari, disertai perasaan resah tanpa sebab yang jelas.
Mengikut kepercayaan masyarakat, gangguan seumpama ini biasanya disebabkan dengan unsur ghaib walaupun dari sudut kesihatan, gangguan tidur turut berpunca daripada tekanan emosi atau keletihan melampau.
Terdapat sebahagian individu mengalami kesan fizikal seperti lebam atau kesan gigitan yang muncul tanpa disedari, dan ada yang menganggapnya berpunca daripada gangguan makhluk halus.
Selain gangguan fizikal, mimpi buruk yang berulang dan menakutkan juga dianggap sebagai petanda, kerana ia membuatkan seseorang itu terjaga dengan perasaan cemas dan takut.
Haiwan dapat mengesan sesuatu

Di samping itu, gangguan pada peralatan elektrik seperti lampu yang berkelip atau rosak secara tiba-tiba turut sering menimbulkan tanda tanya.
Walaupun ada yang mengaitkannya dengan unsur ghaib, gangguan pendawaian atau bekalan elektrik yang tidak stabil juga merupakan punca yang lazim berlaku.
Terdapat kepercayaan bahawa kerap melihat waktu tertentu pada jam, seperti pada pukul 11:11 malam, berkaitan dengan kehadiran roh atau makhluk yang telah meninggal dunia, namun ia lebih bersifat mitos dan tiada sandaran kukuh dalam ajaran Islam.
Selain itu, tingkah laku luar biasa haiwan peliharaan juga boleh dijadikan petunjuk gangguan makhluk halus, contohnya apabila haiwan merenung ke satu sudut dalam tempoh yang lama, dipercayai sedang mengesan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.
Sehubungan itu, perasaan seolah-olah diperhatikan, suasana rumah yang tiba-tiba sunyi, serta rasa tidak selesa, biasanya dianggap sebagai salah satu petanda gangguan makhluk halus dan boleh memberi kesan emosi yang kuat kepada penghuni rumah.
Akhir sekali, munculnya bau yang tidak menyenangkan atau bau yang mengingatkan kepada individu tertentu juga adalah petanda kehadiran makhluk halus.
Sumber: Sirap Limau
The post Bukan Sekadar Perasaan, Ini Petanda Ada ‘Penghuni’ Lain Dalam Rumah Anda first appeared on OHBULAN!.





