
Pelakon Rita Rudaini meluahkan pendapatnya berhubung kes buli yang melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru-baru ini.
Sikap pelajar kini
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Moktar menyokong tindakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mengesyorkan supaya pelajar terlibat dengan kes buli tersebut ditamatkan pengajian.
Yang tak nak belajar sila keluar, yang dah bosan mengajar pun boleh juga keluar.
Terima kasih Datuk Dr Asyraf, tindakan yang cepat walaupun benda jadi tahun lepas, pihak maktab tak patut sorok atau ambil ringan.
Pelakon berusia 48 tahun itu turut menyifatkan tingkah laku segelintir pelajar zaman kini sangat berbeza sehingga mendorong kepada jenayah buli.
Kadang-kadang peraturan yang ketat, tegas tak tentu pasal pun boleh buat budak-budak stres dan mula memberontak. Mula buat hal, kacau orang, dari seronok-seronok kacau terus upgrade ‘buli’.
Ada yang tak kacau orang tapi lepaskan stress dengan cara lain, hisap rokok atau vape.
Budak-budak sekarang walaupun lahir di zaman canggih tapi otak mereka tak secanggih budak-budak zaman dulu. Budak-budak dulu nak buat satu benda memang pikir 100 kali sambil terbayang kena libas.
Budak-budak sekarang buat dulu, nanti bila free fikir.
Cara didikan

Dalam masa yang sama, pelakon filem Mami Jarum itu juga menegaskan tentang keperibadian seorang anak akan terbentuk daripada sikap ibu bapa mereka.
Didikan juga bermula dari rumah. Nak tengok peribadi seseorang, tengok dengan siapa dia berkawan.
Ketegasan dan kekerasan tu berbeza. Hormat dan takut mana satu pilihan. Maktab tak salah, mana-mana sekolah pun sama. Yang tak betul tu perangai dan sikap manusia.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan seorang pelajar lelaki dalam keadaan tertiarap telah dihempap oleh sekumpulan pelajar.
Kes tersebut dipercayai berlaku di MRSM Pulau Pinang.





