29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Borneo Fashion Week’ Serlah Aura Glamour & Moden, Kekalkan Kelestarian Rekaan

    Shopee Sale

    Borneo Fashion Week (BFW) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dan bergaya selepas dua hari diraikan iaitu pada 10 dan 11 Oktober lalu.

    Artikel Berkaitan: King Evian Dinobatkan Juara Cat Fashion Week!

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alicia Amin Terjatuh Ketika Catwalk Di KLFW, Sikap Profesional Raih Pujian – ‘Saya Kena Teruskan & Tampil Sehabis Baik’

    ‘Fashion With Purpose’

    View this post on Instagram

    A post shared by Clarissima (@clarissima.my)

    Bertemakan ‘Fashion With Purpose’, acara berprestij ini bukan sahaja menghidupkan aura glamor fesyen moden, tetapi turut meraikan semangat kelestarian, warisan dan komuniti kreatif yang menjadi nadi kepada Borneo.

    Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, bekas ratu cantik dan personaliti fesyen berpengaruh yang juga penggerak utama platform ini, BFW sekali lagi membuktikan keupayaannya menyatukan pereka, model, artis dan pencinta fesyen di bawah satu visi iaitu memperjuangkan keindahan yang beretika dan beridentiti.

    Acara dimulakan dengan penuh meriah menerusi sesi pemotongan reben, ucapan pembukaan dan persembahan tarian tradisional, sebelum pentas diserahkan kepada barisan pereka yang memukau dalam pertunjukkan fesyen pembukaan oleh GC Jade, Bilang, Clarissima, Even Ong, Aldrin Artistry dan Hayden Ng.

    Menjelang malam, pertunjukkan fesyen bagi sesi kedua menghangatkan suasana dengan koleksi penuh dramatik dan berkarakter daripada Nasha Prive, Barzwang, Inayad, Wan Bynun, Jay K, Maswira Majid dan Ocely, menjadikan Pavilion Damansara Heights bergema dengan tepukan dan sorakan kagum para tetamu serta media.

    Keesokannya, BFW 2025 bermula dengan sesi Sponsor Appreciation, simbol penghargaan kepada barisan penaja yang memperkukuh ekosistem BFW 2025, antaranya Cavu Fragrance, NADI Clinic, Pensonic, Esperer Cosmetiques, Laurastar, Felix Relocations, Jambo BSC, Kai Academy, Go Viral Labs, Music Force, ROGUES Café dan Pavilion Damansara Heights.

    MENARIK:  Shahir Zawawi Kembali Aktif Selepas Dua Tahun ‘Senyap’, Hilang Semangat Gara-Gara Akaun Kena ‘Hack’

    Pertunjukan petang diteruskan dengan persembahan koleksi fesyen oleh Indra Murak, December Teo, Bianca, Saerah R. Kunjan dan Angelique, membawa penonton menyusuri pelbagai genre rekaan dari elegan moden hingga avant-garde etnik.

    Kemuncak malam hadir dengan Awards Night BFW 2025 yang diserikan dengan persembahan tarian tradisional dan artis jemputan serta pertunjukan fesyen oleh Calvin Thoo, Nasha Prive, Heritage Wear dan Yacutha yang mempersonakan.

    Kelestarian warisan

    Menurut Stephanie Alcantara, kejayaan edisi 2025 ini membuktikan bahawa Borneo kini bukan sekadar pemerhati dalam dunia fesyen tetapi pemain penting yang membawa nilai, jiwa dan keaslian.

    Tahun ini adalah refleksi kepada impian kami untuk melihat fesyen bukan sekadar cantik, tetapi bermakna. Setiap helaian yang diperagakan di BFW 2025 membawa mesej tentang kelestarian, warisan dan kasih kepada bumi serta budaya kita.

    Saya amat berterima kasih kepada semua pereka, model, pasukan produksi, penaja dan rakan media yang telah menjayakan acara ini. Sokongan anda menjadikan BFW lebih daripada sekadar pertunjukan…ia adalah sebuah pergerakan.

    Borneo Fashion Week bukan lagi sekadar acara tahunan, ia adalah suara, jiwa dan identiti yang akan terus hidup.

    The post ‘Borneo Fashion Week’ Serlah Aura Glamour & Moden, Kekalkan Kelestarian Rekaan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah