27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keganjilan Foto Hanis Zalikha & Hairul Azreen, Netizen Spekulasi Yusuf & Alisa Bakal Menyambut Kelahiran Adik?

    Shopee Sale



    Isteri kepada pelakon, Hairul Azreen iaitu Hanis Zalikha menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan perkongsian foto terbaharunya di Instagram.

    Nampak baby bump?

    Menerusi beberapa foto yang dimuat naik, memaparkan momen Hanis Zalikha atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid bersama suami dan anak-anak sedang becuti di Maldives. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah salah satu foto tersebut menunjukkan Hairul Azreen bergambar sambil meletakkan tangannya pada perut Hanis.

    Susulan daripada itu, timbul spekulasi bahawa Hanis kini sedang berbadan dua malah netizen dan rakan artis mula mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Mereka mendakwa terlihat penampakan baby bump pada foto yang dikongsikan itu.

    Namun menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Hanis memberitahu bahawa melakukan posing meletakkan tangan pada perut isteri ketika bergambar adalah satu kebiasaan yang dilakukan para suami. Tambahnya lagi, perkara tersebut secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai spekulasi.

    MENARIK:  Sophia Albarakbah Berniaga Air Kelapa Pandan Di Bazar Ramadan

    Sehingga artikel ditulis, Hanis dan Hairul tidak memberi sebarang kenyataan lanjut berhubung khabar angin itu.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah