28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Black Hanifah Sifatkan CEO Batu Seorang Yang Beradab, Titip Pesan Kepada Pempengaruh – ‘Kena Pandai Jaga Diri’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Black enggan memberikan sebarang komen mengenai isu melibatkan pempengaruh, CEO Batu yang didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

    Artikel Berkaitan: Shaf Naufas Doakan CEO Batu – ‘Dia Tak Pernah Cakap Buruk Pasal Orang, Tapi Salah Tetap Salah’

    CEO Batu orang yang beradab

    Walau bagaimanapun, Black atau nama lengkapnya Hanifah Muhammad Hanafia menyifatkan CEO Batu sebagai seorang anak muda yang begitu menjaga adab ketika berbicara dengan orang sekelilingnya.

    Saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu mengenai isu ini.

    Untuk isu ini, saya sebagai seorang abang yang mengenali dia, dia seorang yang sangat menjaga tutur bahasa bila bercakap.

    Dia suka berterima kasih cuma muka dia sajalah yang ganas.

    Black berkongsi perkara tersebut ketika sidang media konsert ‘Exclusice Night Nyawa Black Hanifah’ yang diadakan di Grand Premier Hall, Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.

    Black titip nasihat

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Hijab Rindu’  menitipkan pesanan kepada rakan-rakan selebriti dan pempengaruh untuk sentiasa menjaga tingkah laku bagi memastikan nama yang dibina tidak tercalar.

    Sebagai seorang abang, saya ingin nasihatkan kepada rakan-rakan dan pempengaruh yang lain untuk jaga diri.

    Isu seperti ini akan merosakkan kredibiliti mereka sebagai pempengaruh yang dikenali.

    Kerjaya mereka akan ‘habis’ macam itu sahaja. Saya tak naklah jadi macam itu sebab sayang, rezeki ini Allah yang bagi, tak senang.

    Terdahulu, CEO Batu atau nama lengkapnya Muhamad Iqbal Muhamad dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa melakukan perbuatan itu kepada remaja perempuan 14 tahun pada Mei lalu.

    MENARIK:  ‘Hampir Setiap Malam Fazura Sedih, Menangis & Tak Dapat Tidur’ – Pengurus

    CEO Batu walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

    Mengikut pertuduhan, CEO Batu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Seksual Kanak-Kanak 2017.

    Jika didapati bersalah, CEO Batu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

    The post Black Hanifah Sifatkan CEO Batu Seorang Yang Beradab, Titip Pesan Kepada Pempengaruh – ‘Kena Pandai Jaga Diri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah