27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Betul, Saya Sudah Failkan Cerai’ – Baim Wong

    Shopee Sale



    Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pelakon, Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu dilaporkan memfailkan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven.

    Baim Wong failkan cerai

    Memetik laporan CNN Indonesia, Baim atau nama lengkapnya Muhammad Ibrahim bin Johnny Djaelani telah memfailkan perceraian tersebut di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan, pada Isnin.

    Betul, ya.

    Walau bagaimanapun, Baim enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut sebaliknya menyerahkan segalanya kepada peguam.

    Menurut wakil Pengadilan Agama (PA), Baim turut meminta hak asuhan anak.

    Pemohon memohon untuk diberikan izin melafazkan talak kepada isterinya. Pemohon juga meminta untuk menjadi pengasuh anak dari termohon.

    Difahamkan, berita perceraian itu diperolehi melalui hasil semakan di sistem Informasi Penelusiran Perkara (SIPP) PA Jaksel.

    Tetapi kini, maklumat tersebut sudah tiada lagi di laman resmi SIPP PA Jakarta Selatan.

    Terdahulu, desas-desus mengenai rumah tangga pasangan ini mula tercetus apabila masing-masing tidak lagi berkongsi foto bersama di media sosial selain tidak hadir ke majlis keramaian bersama.

    MENARIK:  Nabila Huda ‘Unboxing’ Dapur Gas Jenama Mewah, Netizen Teka Harga Cecah RM30k? – ‘Queen Of Pasta Dapat Dapur Impian’

    Namun Baim dan Paula hanya mengunci mulut dan tidak  mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin tersebut.

    Untuk info, Baim Wong dan Paula Verhoeven menikah pada 22 November 2018. Mereka dikurniakan dua anak lelaki bernama Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah