30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Pernah Kena Ngorat Oleh Ustaz & Datuk..Mereka Hantar Gambar Tak Senonoh, Mesej Manja’ – Fitri Haris

    Shopee Sale

    Penyanyi dan anggota kumpulan nasyid UNIC, Dr Fitri Haris mendedahkan pernah ‘diganggu’ seorang ustaz dan individu bergelar Datuk.

    Artikel Berkaitan: 201 Lelaki Termasuk 17 Penjawat Awam Ditahan, Didakwa Terbabit Aktiviti Songsang

    Artikel Berkaitan: Dr Samhan Tegaskan Risiko Hubungan Seksual Kaum Sejenis – ‘18 kali Lebih Berisiko Dibanding Dengan Penetrasi Vagina’ 

    Pengalaman ‘diganggu’ ustaz & datuk

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fitri atau nama lengkapnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 40,  berkata isu serbuan melibatkan lebih 200 lelaki yang terbabit dalam aktiviti luar tabii di sebuah premis di ibu negara baru-baru ini membuatkannya kembali mengingati pengalaman pahit yang dilaluinya.

    Saya pernah kena ngorat oleh ustaz dan Datuk. Saya terus teringat dua pengalaman pelik dalam hidup saya.

    Pertama: seorang ustaz. Ya, ustaz betul, bukan ustaz TikTok. Dia tanya saya ‘Fitri open minded tak?’ Selepas itu hantar gambar *** dia. Saya terkejut macam baru kena siram air sejuk.

    Fitri mengakui insiden itu membuatkan dirinya sedar bahawa tidak semua individu berstatus agamawan berperilaku baik dan sopan seperti yang disangka ramai.

    Kemudian datang pula episod kedua: seorang Datuk. Yang ini lagi hebat. Setiap hari mesej manja.

    Lepas itu perlahan-lahan naik level jadi mesej pelik-pelik, lucah-lucah, emoji pun sampai saya sendiri tak pernah guna. Akhirnya, saya block terus. Tak sempat fikir panjang. Sampai sekarang tak menyesal.

    ‘Nabi tak mengaku umat’

    View this post on Instagram

    A post shared by Ts. Dr. Fitri Haris ™ (@fitriharisofficial)

    Dalam hantaran sama, Fitri mengakui bahawa berita mengenai serbuan membabitkan lebih 200 lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti luar tabii bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia sendiri pernah berdepan gangguan daripada individu berpengaruh.

    Islam Haramkan, Nabi tak mengaku umat dan saya benci gila puak puak macam ni.

    Benci sebab ia berlaku depan mata saya dalam bentuk gangguan peribadi.

    Benci sebab ia disokong oleh orang yang masyarakat anggap ‘mulia’.

    Benci sebab ia merosakkan nilai, maruah dan akhlak.

    Dan paling saya benci, bila orang salah anggap diam itu tanda suka, padahal diam saya sebab cuba jaga adab!

    Susulan daripada apa yang berlaku, Fitri berharap agar penangkapan tersebut menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh dipandang ringan. 

    Harap serbuan macam ni buka mata semua orang. Benda salah tetap salah, walaupun pakai tuala mahal! 

    Sumber: Instagram Fitri Haris

    MENARIK:  Usaha Ali Puteh Untuk Selesaikan Kes Saman RM60,000 Kepada Balu Abam Bocey: Kronologi

    The post ‘Saya Pernah Kena Ngorat Oleh Ustaz & Datuk..Mereka Hantar Gambar Tak Senonoh, Mesej Manja’ – Fitri Haris first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah