31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bentuk Punggung Leper? Ini Tip Berkesan Untuk Nampak Lebih Anjal & Berisi

    Shopee Sale

    Bentuk dan saiz punggung setiap individu berbeza-beza, dan ia tidak ditentukan oleh senaman atau pemakanan sahaja.

    Artikel Berkaitan: Cantik Tak Salah, Tapi Apakah Hukum Rawatan Sulam Bedak?

    Artikel Berkaitan: Minum Segelas Susu Sebelum Tidur Bantu Tingkatkan Kekuatan Tulang, Kurangkan Rasa Lapar

    Dipengaruhi oleh kedudukan pelvis

    Perbezaan ini dipengaruhi oleh kedudukan pelvis dan struktur tulang pinggul, jumlah lemak badan yang tersimpan di kawasan punggung, saiz asas otot gluteal, serta cara otot punggung melekat pada tulang paha.

    Dalam usaha membentuk punggung yang lebih besar dan menarik, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dipertimbangkan, sama ada secara semula jadi mahupun melalui rawatan tertentu.

    Pertama sekali, pemakanan seimbang dan berkhasiat merupakan langkah asas dalam menyokong punggung secara semula jadi, kerana makanan yang kaya nutrien dapat membina tisu otot serta menambah lemak di bahagian tersebut.

    Selain itu, boleh juga mengambil suplemen semula jadi yang mengandungi ekstrak herba seperti akar maca, saw palmetto atau sumber fitoestrogen, yang dipercayai dapat menyokong pembentukan punggung yang lebih berisi.

    Urutan punggung dengan menggunakan minyak herba adalah digalakkan sebagai kaedah semula jadi kerana urutan yang dilakukan secara konsisten dapat meningkatkan aliran darah serta kelembapan kulit, sekali gus memberikan kesan punggung yang kelihatan anjal.

    Bagi mereka yang menginginkan perubahan lebih pantas, pembedahan kosmetik menjadi alternatif dengan dua prosedur utama, iaitu pemindahan lemak atau pemasangan implan punggung.

    MENARIK:  Suami Melampiaskan Keganasan Terhadap Pelakon dalam Video Viral

    Proses pemindahan lemak melibatkan pengambilan tisu dari bahagian tubuh lain, seperti perut atau paha, dan menyuntiknya ke bahagian punggung untuk membentuknya menjadi lebih besar.

    Sementara itu, implan punggung pula menggunakan bahan silikon yang dimasukkan ke dalam tisu punggung untuk menambah isipadu dan bentuk.

    Aktiviti fizikal, cara berkesan

    Selain itu, penggunaan krim penegang atau penggebu punggung turut popular kerana ia dapat memberikan kesan punggung yang lebih tegang, bulat dan berisi.

    Seterusnya, gaya hidup sihat turut berperanan dalam memperoleh punggung yang anjal, termasuk dengan minum air secukupnya bagi mengekalkan kulit yang sihat dan lembap.

    Dalam pada itu, dengan mendapatkan kadar tidur yang mencukupi, dapat menyokong keseimbangan hormon, dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

    Walaupun kaedah semula jadi boleh memberi kesan, namun aktiviti fizikal tetap dianggap cara paling berkesan untuk membina punggung yang lebih besar dan pejal.

    Dengan melakukan senaman yang menumpukan kepada otot glute, ianya membantu membina otot punggung dengan lebih efektif, sambil membakar lemak di bahagian badan lain.

    Dalam pada itu, latihan kardiovaskular seperti berlari, berbasikal atau berenang pula menyokong kesihatan jantung serta membantu mengurangkan lemak berlebihan di sekitar bahagian punggung.

    Sumber: E Central

    The post Bentuk Punggung Leper? Ini Tip Berkesan Untuk Nampak Lebih Anjal & Berisi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah