29 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Baru Sehari Bernikah, Lelaki Kantoi C*b*l Adik Ipar Berusia 6 Tahun – ‘Mangsa Mengadu Sakit Kemal*an’

    Shopee Sale



    Pihak polis masih mengesan seorang lelaki yang melarikan diri selepas mencabul adik iparnya yang baru berusia 6 tahun.

    Cabul adik ipar

    Memetik laporan CNN Indonesia, suspek difahamkan baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan kakak mangsa sehari sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

    Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kediaman di Indonesia ketika ibu bapa mentua suspek pergi ke luar daerah dan meminta suspek bersama isterinya, Nai menjaga kanak-kanak itu.

    Namun siapa sangka, ketika isterinya yang merangkap kakak kandung mangsa sedang nyenyak tidur di sofa, suspek bertindak melakukan perbuatan terkutuk itu.

    Suspek pada mulanya cuba menarik mangsa ke dalam bilik, namun ditolak. Namun suspek yang hilang kawalan bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam bilik tersebut. Suspek kemudian melakukan perbuatan keji terhadap mangsa.

    MENARIK:  [VIDEO] Elisya Sandha Terharu Terima Seutas Gelang Emas Dari Suami – ‘Walaupun Struggling, Dia Letak Senyuman Pada Muka Saya’

    Tidak lama selepas itu, ibu bapa mangsa pulang ke rumah dan mula mencari anak perempuan mereka. Melihat pintu bilik tertutup rapat, mereka yang berasa curiga segera membukanya dan alangkah terkejutnya apabila mendapati suspek sedang memakai seluar.

    Si ibu kemudian bertanya kepada anak kecilnya apa yang berlaku, sebelum kanak-kanak itu mengaku bahawa suspek telah melakukan sesuatu terhadap bahagian sulitnya. Keesokan harinya, mangsa mengadu mengalami kesakitan pada bahagian kemaluannya.

    Walaupun suspek telah mengakui kesalahan dan memohon maaf atas perbuatannya, ibu bapa mangsa tetap enggan memaafkannya dan meminta anak mereka, Nai, untuk memfailkan perceraian terhadap suspek.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah