30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysiakini lantik ketua editor baru

    Shopee Sale

    Lembaga pengarah Malaysiakini melantik Andrew Ong sebagai ketua editor organisasi itu, berkuat kuasa 10 Ogos lalu.

    Ong menggantikan pengasas bersama Malaysiakini, Steven Gan, yang mengosongkan jawatan berkenaan sejak 27 Jan 2023.

    Ong sebelum ini menjadi sebahagian daripada Malaysiakini atas pelbagai kapasiti sejak 2003. Dia memulakan kerjayanya sebagai wartawan pelatih dan baru-baru ini berkhidmat sebagai peneraju produk.

    Dalam perananan barunya, dia akan memberi tumpuan kepada pengukuhan komitmen teras Malaysiakini terhadap kebebasan editorial sambil memacu inisiatif strategik yang berpusat pada kemampanan kewangan jangka panjang, pembangunan khalayak dan inovasi digital.

    Dia akan menyelia sepenuhnya tadbir urus bilik berita, mengarahkan agenda teras editorial dan memimpin strategi pelbagai platform Malaysiakini ke fasa pertumbuhannya yang seterusnya.

    Gan – yang juga merupakan ahli lembaga – berkata Ong adalah pemimpin yang ideal dalam landskap media yang berubah-ubah.

    Steven Gan

    “Dalam landskap media hari ini, kebebasan editorial yang tidak berkompromi dan penyampaian produk digital yang canggih mesti seiring.

    MENARIK:  Dr Mahathir masuk IJN, prosiding kes saman ke atas Zahid ditangguh

    “Visi Ong, kepakaran yang dipacu teknologi dan komitmen terhadap kewartawanan kepentingan awam menjadikan dia pemimpin yang ideal untuk membimbing bilik berita kami ke hadapan,” katanya.

    Ong pula berkata dia berbesar hati untuk memimpin Malaysiakini pada masa yang begitu transformatif.

    “Bilik berita kami telah memperoleh kepercayaan orang ramai melalui laporan bebas yang berani selama beberapa dekad.

    “Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan editorial kami yang berdedikasi untuk memperdalam impak Malaysiakini, mengembangkan jangkauan kami dan membina masa depan yang mampan untuk kewartawanan bebas di Malaysia,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah