31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Ucap Alhamdulillah, Dahlia Rizal Didakwa Hamil Anak Sulung? Ini Penjelasan Tuan Badan

    Shopee Sale



    Pempengaruh jelita, Dahlia Rizal menafikan dakwaan bahawa dia sedang berbadan dua ketika ini.

    Berbadan dua?

    Baru-baru ini, hantaran bapa Dahlia di TikTok telah mengundang persoalan dalam kalangan warganet kerana memuat naik gambar anak dan menantunya dengan mengucapkan rasa syukur.

    Alhamdulillah Kak Chik dan Imran.

    Pempengaruh berusia 23 tahun itu berasa hairan kerana dia dihujani dengan pertanyaan tentang kehamilannya di ruangan komen serta mesej.

    Patutlah ramai komen dekat siaran langsung tadi dan DM (direct message) tanya saya mengandung ke. Dekat post ayah saya pun ada juga.

    Justeru itu, menerusi Instagram Story, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal menjelaskan bahawa ucapan syukur tersebut adalah kerana dia dan suami menghadiahkan sofa serta karpet baru buat bapanya, sekaligus menafikan dakwaan dia sedang hamil.

    Alhamdulillah sebab sofa dan karpet baru, bukan mengandung. Abah pun sama, no context.

    Sekadar info, Dahlia dan Imran Aqil telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.

    MENARIK:  Kel*r Leher Kanak-Kanak, Bekas Guru Taska Dipenjara 10 Tahun

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah