Penyanyi dan pelakon Amira Othman meluahkan rasa sedih selepas salah seorang penjaga berpantang atau confinement lady (CL) yang membantu menguruskan anaknya, Jarir, telah menamatkan tugas.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Kembali Ke Dapur Selepas Selesai Berpantang – ‘Misi Hilangkan Jawline Fattah Amin’
Artikel Berkaitan: Peniaga DM Amira Othman, Hantar Biskut Ketika Berpantang – ‘Sempena Setahun Lalu Awak Bagi Duit Dekat Anak Saya’
Amira Othman syukur kehadiran insan baik
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Amira bersyukur dengan kehadiran dua CL yang membantu menjaga Jarir sepanjang tempoh berpantang.
Malah pelantun lagu Dalam Sujudku ini juga menganggap kehadiran insan-insan baik dalam hidupnya merupakan satu rezeki.
Hari ini mommy sedih sebab CL Jarir, Kak Ira yang belah kanan tu balik dah. Kak Ira jaga saya dan Jarir belah malam. Siang pula CL Sherly yang belah kiri tu, tapi dia balik minggu depan.
Bila jumpa orang baik-baik dalam hidup, memang saya anggap satu rezeki dalam hidup saya.
Terima kasih Kak Ira jaga Jarir dan sayang Jarir dengan ikhlasnya. Nanti datang jumpa kami lagi ya?
Komen Fattah curi tumpuan

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah komen balas suami Amira iaitu pelakon Fattah Amin, yang berseloroh bahawa mereka mungkin akan kembali bertemu kedua-dua CL berkenaan sekiranya dikurniakan cahaya mata baharu selepas ini.
Thank you aunties. Mesti Jarir rindu lepas ni. Nanti boleh datang lagi next baby eh.
Sementara itu, doktor iaitu Dr Maiza turut berseloroh, meminta Fattah bersabar dan menunggu Jarir membesar terlebih dahulu sebelum merancang untuk menambah cahaya mata.
Masya-Allah, sabar naa daddy Fattah Amin. Bagi abang Jarir berlari dulu.
Sumber: Instagram
The post Amira Othman Sedih CL Tamat Tugas, Fattah Amin Seloroh Nak Tambah Cahaya Mata – ‘Tengok Suami Saya Ni Doktor’ first appeared on OHBULAN!.





