28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Semua Child Star Mampu Bertahan, Shila Amzah Kongsi Rahsia Kekal Selama 25 Tahun

    Shopee Sale

    Bukan mudah untuk bertahan selama 25 tahun dalam industri hiburan, apatah lagi apabila perjalanan itu bermula sejak zaman kanak-kanak. Ramai bintang cilik muncul dengan penuh potensi, namun tidak semuanya berjaya mengekalkan momentum apabila meningkat dewasa.

    Namun, bagi Shila Amzah, perjalanan yang penuh liku itu membuktikan bahawa bakat semata-mata tidak cukup untuk memastikan seseorang terus relevan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Mudah ‘Melenting’, Kini Lebih Tenang… Shila Amzah Belajar Tidak Semua Kritikan Perlu Dilawan – “Saya Ambil Yang Positif”

    ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Nak Peluk Shila Amzah Yang Berusia 26 Tahun”… Sedekad Kemudian, Dia Akhirnya Temui Bahagia

    Pernah melalui fasa keletihan

    Menurut Shila, dia sendiri pernah melalui fasa keletihan sehingga terlintas untuk mengalah. Namun, setiap kali perasaan itu hadir, wajah insan tersayang sentiasa menjadi penguat semangat untuk terus melangkah.

    “Memang ada hari yang saya rasa nak give up, tetapi bila tengok muka orang-orang yang saya sayang, saya fikir, takkanlah nak berhenti begitu sahaja. Saya nak jadi versi yang lebih baik, nak jadi mama yang hebat dan terus memberikan yang terbaik di atas pentas.”

    Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaannya mempertahankan kerjaya sejak kecil, Shila mengakui dia sebenarnya tidak pernah tahu bagaimana untuk berputus asa, walaupun ada masanya dia merasakan segala usaha yang dilakukan seolah-olah tidak dihargai.

    “Kadang-kadang kita rasa penat, rasa macam orang tak nampak apa yang kita buat. Tetapi saya belajar untuk lebih menghargai orang yang sentiasa ada dan menyokong saya, daripada terus bersedih memikirkan mereka yang tidak menghargai kita.”

    Tak semua perkara diinginkan jadi milik Shila

    Penyanyi berusia 36 tahun itu berkata, antara perkara yang membuatkan dirinya terus bertahan ialah kemampuan untuk menerima bahawa tidak semua perkara yang diinginkan akan menjadi miliknya.

    MENARIK:  Isteri Safee Sali Rindu Anak, Pengesahan Lafaz Cerai Dijangka Esok

    “Apa yang terlepas daripada tangan saya, saya reda. Saya rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk saya berkongsi rezeki dan peluang yang saya ada, lebih-lebih lagi dengan sokongan suami dan anak-anak. Ini mungkin fasa hidup saya yang paling indah.”

    Bagi Shila, perjalanan selama suku abad dalam industri bukan sekadar tentang populariti atau kejayaan, tetapi tentang kesanggupan untuk terus bangkit setiap kali berdepan kegagalan dan kekecewaan.

    Mungkin itulah rahsia sebenar mengapa Shila Amzah masih mampu berdiri sehingga hari ini. Bukan kerana dia tidak pernah lelah, tetapi kerana dia memilih untuk terus melangkah walaupun berkali-kali diuji.

    Dan selepas 25 tahun, satu perkara yang pasti, perjalanan seorang Shila Amzah tidak dibina oleh bakat semata-mata, tetapi oleh kesabaran, rasa syukur dan keberanian untuk terus berjuang ketika orang lain memilih untuk berhenti.

    The post Tak Semua Child Star Mampu Bertahan, Shila Amzah Kongsi Rahsia Kekal Selama 25 Tahun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah