Baru-baru ini, nama pelakon Aiman Hakim Ridza menjadi bualan di media sosial apabila sikapnya dalam menjaga batas pergaulan meraih pujian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Tua Nanti Nak Duduk Tempat Tenang, Nak Travel Dengan Suami’ – Zahirah MacWilson
Artikel Berkaitan: Ramai Lupa Mereka Pernah Sertai Mentor, Kini Lebih Popular Sebagai Pelakon
Jaga batas

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu membuat hantaran berkenaan keperibadian Aiman yang juga suami kepada pelakon, Zahirah MacWilson disifatkan sebagai seorang lelaki yang mempunyai banyak ciri-ciri positif.
Hantaran tersebut kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman mereka ketika bekerja dengan aktor berkenaan.
Menurut seorang wanita, Aiman sentiasa menjaga batas pergaulan, terutama ketika berurusan dengan wanita.
Jelasnya, aktor itu tidak pernah menunjukkan reaksi berlebihan atau berbual melampaui batas sehingga boleh menimbulkan salah faham.
Dia macam ada letak batas dengan para wanita. Saya buat rambut dia dua kali, tak pernah over-friendly, senyum pn tak.
Awal-awal rasa macam kerek tapi lama-lama saya okay saja sebab mungkin itu cara dia hormat isteri di.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan Aiman iaitu tidak berlebihan dengan individu berlainan jantina.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aiman yang sentiasa mengutamakan isteri dan anak-anaknya dalam setiap perkara.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post Netizen Puji Cara Aiman Hakim Ridza Jaga Batas Pergaulan Dengan Wanita – ‘Dia Tak Over-Friendly..’ first appeared on OHBULAN!.





